“Nak
kopi?” Dia cuba melonggarkan pelukanku. Aku gagal mencari pandangan matanya;
tindakan biasa Hanim jika dia marah, sedih atau terasa hati. Kedengaran janggal
kata-kata yang dituturkan. Oh…hilang sudah ganti nama diri kedua untukku dalam
ayatnya.
“Lepaslah…nak
tidur.” Janggal lagi, hilang pula sebutan namanya seperti selalu.
“Siapa
nak kopi? Siapa nak tidur?” Resahku menggunung. Jangan buat abang begini,
sayang… Tak betah rasanya mengadap isteriku yang dingin dan kaku. Tanpa
melepaskan tangannya aku menarik tubuhnya supaya duduk di kerusi meja makan. Kuangkat dagunya. Tanpa rela dia memandangku
dengan jelingan sedikit tajam.
“Sayang,
cakaplah sesuatu. Luka hati abang sayang jeling macam tu…” Aku kekal
menggenggam jemarinya biar semakin kuat dia meronta.
“Saya
dah tak ada apa nak cakap, dah letih bertanya tapi tak pernah dapat jawapan. Lepas
ni simpanlah apa rahsia pun, saya tak akan tanya lagi dan tak ingin tau.”
Lukaku mula mengalirkan darah…sakitnya… “Tapi sikitlah saya nak cakap, sampai
hati kan awak halang seorang ibu jumpa anaknya? Sampai hati kan awak suruh kawan
awak belasah orang lain seolah awak lah hero paling gagah? Apalah nasib saya
lepas ni kan? Kahwin dengan seorang gangster!”
Buk!
Rasa jantungku betul-betul telah terkeluar dari sangkarnya. Tergolek-golek atas
lantai, merah berlumuran darah. Bercampur perasaanku, terkejut kali pertama
mendengar bicara sekasar itu dari isteri tercinta, marah dengan tuduhan yang
ternyata tidak benar, sedih kerana hilang kepercayaan seorang suri hatiku. Mana
yang lebih pedih? Tentulah perkataan ‘awak’ yang terbit dari bibirnya! Dia
merentap jemarinya dari genggamanku lantas beredar dari sisi. Aku masih
terpegun cuba menghadam kata-katanya, Uh…tak tertampan oleh telingaku. Apalah
yang telah merasuk hatinya? Ya Allah, ampuni dosa isteriku. Sesungguhnya dia
tidak sedar….
Enggan
melayan rasa yang bercampur baur, aku melangkah ke balkoni. Cuba merasakan
dingin angin malam mengusap tubuhku yang panas luar dalam. Aku mengharap dia
akan datang memujuk. Satu jam…dua jam…hingga akhirnya mataku kian mengantuk,
dia yang ku nanti tidak kunjung tiba. Jam telah menginjak ke angka satu.
Aku
menapak ke bawah. Gelap. Naik semula dan mengintai di bilik Elaine. Seperti
yang kujangka Hanim akan membawa diri di sini. Keduanya telah lena berpelukan.
Sedih menyapa hati. Orang tak sudi nak peluk kita sama…huhu… Kuangkat tubuh
isteriku dan membawanya ke katil peraduan kami. Apalah guna katil besar begini
kalau sayang tak sudi tidur di sisi abang….
Aku
menarik Hanim rapat ke tubuhku. Inilah posisi kesukaan buah hatiku ini; tidur
berbantal lenganku. Kubelai tubuhnya dan kucium dalam-dalam ubun-ubunnya.
“Sampai
hati sayang buat abang macam ni.” Aku berbisik lunak sambil terus membelai
tubuhnya. “Sampai hati sayang buat abang ternanti-nanti sayang pujuk abang.
Sudahnya abang terpaksa pujuk diri sendiri. Sampai hati sayang marahkah abang.
Sayang tuduh abang macam-macam. Bukan abang larang Hazel jumpa Elaine. Abang marah sebab dia larikan Elaine. Bukan
abang suruh Joe pukul boyfriend
Hazel. Dia yang cuba usik Elaine. Tak kan Joe nak biarkan saja? Tapi sayang percaya
cakap dia. Dan sampai hati sayang tuduh suami sayang ni gangster…” Saat ini aku
tahu Hanim telah sedar dari tidur tetapi berusaha mendiamkan diri. Terasa
sedikit gegaran tubuhnya menahan tangis tetapi lenganku telah basah dengan
airmatanya. Eleh…ingatkan pandai berlakon…hehe…
“Abang
cuma nak jadi hero sayang dan hero Elaine saja. Tapi abang tak marah sayang. Abang terlalu
sayangkan Honey, abang tak mahu sayang disentuh api neraka. Abang akan sentiasa
maafkan sayang, sentiasa redha pada sayang…”. Kukucup lagi ubun-ubunnya. “Good
nite, sayang. Assalamualaikum.” Aku berpura-pura tidur. Sepuluh minit berlalu,
Hanim mendongak memandang wajahku. Aku terus memejamkan mata. Dia menyentuh pipiku
dan bersuara perlahan.
“Anim
minta maaf, abang…ampunkan Anim. Anim tak marah abang pun, Anim sentiasa
sayangkan abang. Terima kasih sebab selalu sayang Anim, jaga Anim, sabar dengan
isteri abang yang derhaka ni… Anim dah tak ada sapa-sapa lagi, abang...Anim
hanya ada abang dan Elaine. Anim cuma nak menumpang kasih…”
Mujurlah
aku lelaki sejati. Mau luruh sudah air mataku mendengar rayuannya.
“Anim
harap abang jujur dengan Anim, tak sembunyikan apa-apa rahsia dari Anim. Tapi
abang selalu ada kejutan, seolah abang tak percaya kat Anim. Anim sedih,
abang…” Semakin lebat air matanya membasahi lengankuku. Aku tidak dapat menahan
hati lantas menariknya lebih rapat ke tubuhku.
“Abang….”
“Shh…tidur
ye sayang, bangunkan abang tahajjud esok pagi, okey…I love you…”
“Love
you too, abang…”
“Love
you more, sayang…” Aku mengeratkan dakapanku dan akhirnya lena bersama
senyuman….
Aku
tersedar apabila merasakan sesuatu yang sejuk mengenai pipiku. Hanim telah
duduk bersimpuh di sisi siap memakai telekung. Rupanya dia meletakkan tisu
basah untuk membangunkan aku.
“Sayang…dah
solat?” Hanim mengangguk.
“Abang
bangun ye. Sempat lagi ni sebelum waktu subuh masuk.”
“Sempat
sangat. Jom sayang…”
“Abang
jangan macam-macam tau. Cepatlah pergi solat tahajjud.”
“Iyelah
solat tahajjud. Sayang ingat apa?” Merah muka isteriku...hehe…comel…
Subuh
ini aku berjamaah dengan isteriku. Doaku kali ini lebih panjang, lebih syahdu.
Selepas musibah berlalu datang pula salah faham. Mau aku tak bimbang andai
datang lagi badai menggoncangkan bahtera kami. Bimbang kami tidak kuat menahan
cobaan harus rebah istana yang baru kami bina ini.
Kugenggam
tangannya erat selepas aku mengucup dahinya dan dia membalas dengan mencium
tanganku, lama. Akhirnya terasa basah dengan airmata. Menangis lagi ratu hatiku
ini. Haisyy…kenalah memujuk lagi…
“Sudahlah sayang, kering nanti air
mata tu. Abang dah maafkan sayang, tak marah dah…”
“Anim rasa bersalah cakap abang
macam-macam. Anim bukan isteri yang baik…Anim banyak dosa dengan abang…”
Kutarik tubuhnya rapat ke dadaku. Ada satu perasaan halus yang sukar untukku
katakan. Hiba, terharu, syukur, bahagia…Kukucup lagi ubun-ubunnya lama. Dengan
lafaz zikir menyebut nama Allah kudakap tubuh isteriku sambil menggoyangkan
badan kami kiri dan kanan. Lama kami dalam keadaan begitu sehingga dikejutkan
oleh suara Elaine.
“Daddy?
Mama?”
“Sini sayang mama. Kakak sudah bangun?”
“Kakak
cari mama, mama hilang,” alolo, manjanya dengan mama. Habislah daddy kalau
kakak asyik berkepit dengan mama. Elaine lena semula di atas riba mamanya.
“Sayang,
malam esok kita buat kenduri kesyukuran ye? Abang dah minta Ros buat nasi
kerabu. Mummy pun dah offer nak tolong sediakan kuih dan dessert. Sayang okey kan?”
“Hmm….”
“Abang
jemput orang masjid, jiran kiri kanan rumah kita dengan beberapa orang kawan
lama. Sayang setuju?”
“Hmm…”
“Malam
tu abang nak sayang jumpa dengan Alex dan Joe. Sayang tanyalah dorang apa saja
yang sayang nak tau pasal ‘geng kongsi gelap’ abang tu.” Nak buat nada marah
atau merajuk?
“Hah?”
Hanim membulatkan matanya memandangku. “Abang, Anim kan dah minta maaf dengan
abang, Anim percaya abang. Tak mau la jumpa kawan-kawan abang tu sebab Anim
takut…Kalau dorang marah Anim macam mana?” Tau pun takut.
“Kan
Anim cakap abang ni gangster? Anim tanya la berapa orang yang abang dah bunuh,
berapa orang abang dah patahkan kaki...macam-macam lagi lah.” Aku bangun
mengangkat Elaine ke katil dan baring mengiring mendakapnya. Merajuk la konon…
“Abangggg…jangan
la macam ni…Anim dah minta maaf…Anim tau abang bukan gangster…abang baik,
janganlah marah Anim lagi…” mendayu-dayu Hanim memujukku. Wah seronoknya kena
pujuk isteri. Dia turut berbaring dan memeluk pinggangku.
“Abangggg…pandang
sini la…”
Aku
alihkan badan mengadapnya dengan muka yang buat-buat masam. “Pujuk abang lagi.”
“Abanggg…sayang
tau, sayang banyak dosa dengan abang. Tuduh abang yang bukan-bukan. Sayang
jahat, abang baik…minta maaf tau…Sayang akan buat apa saja asalkan abang tak
marah sayang lagi…” Aku berhabis menahan tawa. Pandai juga rupanya dia memujuk.
Alih-alih keluar bahasa diri dia sayang.
“Hmm…apa
saja ye?” Aku mengusap dagu seolah memikir. Padahal sudah ada rancangan
jahatku...hehe… “Cium sini.” Aku menunjuk pipi kiri. Hanim dengan patuh menurut
arahanku.
“Sini
lagi.” Pipi kanan pula. Hanim menjelingku sambil menarik kembali wajahku dan
mencium pipi kananku.
“Sini
juga.” Aku menyentuh bibir pula. Dia terkedu seketika.
“Apa
saja kan?” Giatku.
“Cepat,
nak abang maafkan tak?” Aku suakan bibirku sambil menariknya rapat ke tubuhku.
Matanya mencerlung memandangku.
“Abang
ni kan, tipu je merajuk.”
Tidak
pasti siapa yang memulakan. Hampir saja kami hanyut dalam kehangatan.
“Abang,
nanti Elaine nampak.”
“Tak
apa, dia tidur lagi.” Aku menarik selimut menutupi tubuh kami berdua. Susah nak
tolak buah hati di depan mata.
“Abang
dah maafkan sayang lama dulu. Sorry
tau, trick sayang macam ni. Love you
so much, sayang…”
“Daddy...mama…?”
“Kakak…?”
Serentak kami menjawab. Alamak!
“Opss…sorry
daddy, mama. Kakak tak nampak apa-apa.
Kakak balik bilik dulu.” Elaine menutup mata sambil perlahan-lahan
menuju pintu. Kami saling memandang dengan mulut terbuka!
“Heii…abang
la punya pasal ni. Kan Anim dah cakap tadi…”
“Sayang
la, sapa suruh goda abang?”
“Apa
pulak, abang yang buat trick. Merajuk
la konon.”
Hanim
bangun membetulkan pakaiannya.
“Nak
pergi mana?”
“Pujuk
kakak.”
“La…nak
pujuk apa? Dia bukan merajuk pun. Abang ni yang patut sayang pujuk tau.”
“Abang
ni kan, nanti apa pulak dia cerita dengan mummy dan daddy. Malulah Anim.”
Aku
menuruti langkahnya ke bilik Elaine. Dia sudah siap mandi dan sedang menyikat
rambutnya. Dia tersenyum memandang kami melalui pantulan cermin.
“Daddy,
pelan-pelan tau sama mama. Jangan himpit adik dalam perut mama ni.” Perlahan
disentuh perut Hanim disebalik baju-T.
Erk…
“Err…sini
mama ikat rambut kakak.”
“Daddy
mau pergi kedailah. Pagi ni kita sarapan roti canai, okey?” Aku mendakap
keduanya sebelum beredar. Aduhai…rasa kulit mukaku menebal satu inci. Malu
dengan anak!
Sepanjang
hari kami hanya bersantai menikmati cuti hujung minggu. Inilah masa yang
kutunggu-tunggu untuk mengubati apa yang terluka, merapati apa yang renggang.
Syukur isteriku telah pulih rawan hatinya. Fizikalnya saja yang masih agak
lemah memandangkan dia kurang selera makan dan mengeluarkan balik hampir semua
yang melalui tekaknya.
“Sayang
ada teringin nak makan apa-apa tak? Kesian sayang abang ni, nanti sayang tak
cukup zat, baby pun sama.” Hanim buat muka nakal. Ah sudah…
“Hmm…nanti
Anim fikir”
“Jangan
kata sayang nak makan daging gajah pulak. Mati abang nanti kena pijak.”
Dia
hanya ketawa. “Anim tak lalu makan la abang. Apa pun tak teringin.”
Tiba-tiba
dia merendahkan suaranya. “Anim nak makan abang.” Kerlingan dan senyumannya
bikin mataku membulat. Ewah, boleh tahan nakal isteriku ini. Belum sempatku
merangkulnya Hanim tergesa bangun sambil ketawa. Eleh nak lari konon…
No comments:
Post a Comment