Mengandung
kali pertama pada usia pertengahan 30-an bukanlah sesuatu yang mudah buat
Hanim. Tambahan dengan masalah lelah dan tekanan darah rendahnya, hospital telah
menjadi rumah kedua. Aku ada mencadangkan agar dia meletakkan jawatan sebagai
guru tetapi Hanim keberatan. Akhirnya kami bersepakat Hanim hanya mengambil
cuti tanpa gaji selama dia mengandung sehingga tempoh berpantang.
Mummy
dan daddy terus tinggal bersama kami. Sesekali daddy akan menjenguk rumahnya
yang hanya berselang beberapa pintu dari rumah kami. Kata mummy dia tidak
sampai hati membiarkan Hanim mengurus rumah tangga sendiri. Tapi aku yakin
bukan itu sebabnya. Seperti aku, mummy juga tidak sabar melihat cucunya lahir.
Apapun aku sangat bersyukur keduanya dapat menerima antara satu sama lain.
Berlainan budaya dan agama, ingat senang mahu serasi? Tapi mereka amat akrab. Pernah
sekali aku pulang dari sekolah, daddy yang bukakan pintu.
“Mana
Hanim dengan mummy?”
“Ada
di atas, limping-limpang (berbaring-baring).”
Hanim
sedang lena di atas peha mummy. Amboi…. Mummy hanya tersenyum sambil mengusap
rambut Hanim.
“Tadi
dia bilang pening kepala. Mummy sapu minyak angin terus urutlah.”
“Mummy,
babang pun pening juga…” Aku merebahkan kepala di sebelah paha mummy yang satu
lagi. Daddy hanya ketawa melihat kami.
“Hisyy…mengada
babang ni.”
“Habis
tu sejak ada Anim babang dah jadi macam anak tiri mummy saja. Asik-asik Anim.
Asik-asik Anim…” Eleh nak merajuk konon, bukan mummy hairan pun kau nak
merajuk.
“Apa
mau heran, jangankan babang, daddy pun sudah jadi suami tiri…haha…” Kami ketawa
mendengar gurauan daddy.
Tiba-tiba
Elaine keluar dari biliknya sambil ketawa dengan kuat.
“Eh,
daddy tak malu manja sama mummy.” Dia segera menggeletek pinggangku dan cuba
menolak jauh dari mummy. Suasana riuh rendah menyebabkan Hanim terjaga.
“Eh,
abang dah balik? Maaf Anim tertidur. Abang nak makan? Biar Anim sediakan.”
Alahai,
badan sendiri tak boleh bawa ada hati mau melayan aku. Itulah isteriku,
penyejuk mata, penenang jiwa.
“Eh
tak apa sayang, hari ni daddy mau belanja kita makan di luar. Kan daddy?” Aku
mengenyit mata, dan daddy ketawa besar.
“Bah,
ya lah. Mari kakak kita makan di kedai. Kakak mau makan di mana?”
Kecoh
dua beranak itu beriringan sambil berceloteh. Aku hanya memandang sambil
tersenyum bahagia. Aku pantas memimpin Hanim menuruni tangga. Saat ini aku
menyesal membeli rumah dua tingkat. Bimbang sungguh aku melihat Hanim melangkah
tanpa dapat melihat anak tangga. Dia hanya mengagak saja langkahnya. Aduh…ngeri
aku membayangkan yang tidak-tidak. Puas aku melarang dia naik turun sesuka hati
tapi degilnya hanya Allah yang tahu. Banyak songel sungguh kalau dilarang.
“Ala…Anim
bosanlah di atas saja.” Padahal ada saja set TV 42 inci di atas.
Atau,
“Aa…ada
barang mau ambil di bawah.” Apa sangat yang nak diambil tu? Semua barang
peribadinya ada di tingkat atas. Alasan saja.
Kalau
tidak pun,
“Doktor
cakap bagus tau abang, kalau naik turun tangga. Nanti mudah bersalin.”
Kata-katanya akan diakhiri dengan sengih yang lebar. Aku rasa nak tetak saja
tangga ni biar roboh! Hai…sabar sajalah dengan kerenah mak buyung ni.
Sedar
tak sedar usia kandungan Hanim telah mencapai 36 minggu. Dengan dua nyawa di
dalam rahimnya, perut Hanim kelihatan amat besar! Menurut doktor Hanim
mengandung kembar tak seiras kerana bayi berada dalam dua kantung yang
berasingan. Jantina masih menjadi misteri. Setiap kali di’scan’ bayi kami
seolah malu, menyembunyikan jantina mereka. Biarlah menjadi rahsia Allah, aku
terima dengan penuh rasa syukur. Sudahnya kami menyediakan dua nama lelaki dan
dua nama perempuan. Set pakaian dan keperluan bayi kami beli serba putih.
Lelaki dan perempuan semua ngam, bilang mummy.
***
“Eshan!
Eshal! Ya Allah…budak-budak ni kan…mama kata jangan panjat tangga tu. Kalau dah
tergolek nanti baru tahu nak melalak. Kakak, tolong mama jaga babies sekejap.
Abanggg…babies tuuuu…Abangggg…tolong la…tangan Anim penuh sabun ni….”
Apa juga lah yang mama jerit-jerit
tu. Aku naik pening dengan kerenah Hanim. Asal anak-anak kami bergerak saja
pasti Hanim akan mengekor dibelakang. Risau tahap melampau! Takkanlah nak
dibiarkan budak-budak tu baring terlentang pandang siling sahaja? Haisyy…mama
ni.
Si kakak, Elaine datang berlari dari
ruang tamu. Ketawa dia terkekeh-kekeh melihat sikembar berjalan seumpama penguin
menuju ke arah tangga. Alah, mama ni. Adik-adik belum pun sentuh anak tangga
pertama mama sudah menjerit.
Kembar kami Eshan dan Eshal sekarang
berusia 13 bulan. Baru bertatih-tatih melangkah. Kelahiran mereka menambah
pelbagai perasa dalam hidup kami. Tapi yang pasti tiada yang pahit. Hanim melahirkan
keduanya secara normal setelah genap 39 minggu mengandungkan mereka. Bayi
lelaki lahir terlebih dahulu diikuti oleh si adik tiga minit kemudian. Atas
permintaan Elaine, dia mahu nama kedua adiknya dimulai dengan huruf ‘E’. Aku
dan Hanim segera bersetuju. Itu adalah petunjuk awal bagi Elaine bahawa kasih
sayang kami sama sahaja antara dia dan adik kembarnya. Nama-nama itu pun senang
disebut oleh mummy dan daddy selain dari mempunyai makna yang baik.
“Kenapa sayang? Hmm…comotnya mama
ni. Pipi pun ada sabun.” Aku menggelap pipi Hanim dengan tuala. Wajahnya mula
menjadi kemerahan bila dengan perlahan hidungku mula menyentuh pipinya.Tetapi
belum sempat…
“Daddy….” Elaine menyeru dengan
nyaring. Dia berdiri tegak sambil menggoyang jari telunjuk ke arahku. Kedua
kembar juga berdiri tegak memandang kami. Alamak, bertambah sudah bodyguard mama.
Semakin susahlah daddy mahu’gigit’ mama kalau begini. Hihi…
“Daddy mahu bersihkan pipi mama la
kakak.” Kataku sambil ketawa. Elaine ketawa juga akhirnya. Ah…sumandakku makin
mengerti permainan orang dewasa. Bahaya!
Banyak perkataan untuk menggambarkan
perasaanku sekarang, tetapi yang paling utama ialah Alhamdulillah... aku
bersyukur padamu Ya Allah atas rasa bahagia ini…
No comments:
Post a Comment