“Sayang,
tak payah masak lah, kan kita nak keluar petang ni. Kata nak beli barang dapur?”
Kugesel-gesel daguku ke pipi Elaine. Dia menggeliat kegelian lantas ketawa.
Isteriku turut ketawa dalam dakapanku disebelah kanan. Demi Allah…bahagianya
meresap ke dalam hatiku. Syukur padaMu Ya Allah atas kurniaan ini….
Malam
itu kami mengunjungi mummy dan daddy. Alhamdulillah keduanya menerima Hanim
dengan mesra. Hanim mengucup tangan daddy dan mummy. Mummy membalas dengan ciuman
di pipi menantunya. Hanim ada juga menyuarakan kebimbangan, takut-takut mummy
tidak menerimanya. Tapi keyakinanku sebaliknya. Mummy pernah melihat hidupku
sengsara kerana pilihannya dulu. Sekarang dia pasrah dengan pilihanku dengan
syarat isteriku menyayangi Elaine sepenuh hati.
Elaine
melompat keriangan memeluk datuk dan nenek. Mulutnya rancak bercerita.
“Mummy,
mummy tau ka tadi daddy gigit mama sampai luka leher mama. Terus kakak sapu
ubat mama.” Ya Tuhan…itu pulak yang dia ceritakan pada neneknya. Elaine
memanggil neneknya mummy sejak dia pandai bercakap. Kesian Elaine yang tidak sempat mengenal ibu
kandung. Cerita Elaine mengundang tawa daddy dan mummy. Aku pun turut ketawa.
Hanya Hanim yang sudah tak tau di mana nak letakkan muka. Merah padam wajahnya
menahan malu. Elaine pula kehairanan kenapa semua orang ketawa.
“Wah,
pandai Baby kasi selamat mama ah…kenapa Baby sudah jadi kakak? Sudah ada adik
ka?” Mummy mengusik lagi.
“Capat
juga kau ni, babang. Advance orang bilang.” Daddy pula mengekek ketawa. Hanim
terus melarikan diri ke dapur. Kesian pula dengan isteri kesayanganku kena
buli…hihi…Aku mendapatkan Hanim di dapur. Dia sedang mengipas mukanya dengan
tangan.
“Err…abang,
di mana jag air dengan gelas? Anim nak buat air minuman.”
“Kesian
sayang abang ni…merah padam muka dia. Panas ye sayang?” Pantas Hanim mencubit
pinggangku.
“Malu
Anim dengan mummy daddy. Aduh…nanti dia mesti cerita juga dengan bffnya…”
Kerisauan
Hanim menjadi kenyataan. Minggu depannya keluarga Amzar mengunjungi kami di rumah.
Elaine sekali lagi dengan bangganya bercerita tentang ‘kejayaannya’
menyelamatkan mama. Lebih tragis lagi, cerita kali ini di hadapan Amzar,
Roslina dan Ammar! Malu yang dirasa Hanim tiga kali lebih hebat. Merah padam
Hanim dibuatnya. Wajah Roslina juga merah padam menahan tawa. Aduhai…kesian
isteriku.
Aku
merenungnya yang sedang lena di atas lenganku. Tak pernah puas! Teringat
pertama kali kusentuh wajah ini. Rasa seolah baru saja peristiwa itu berlaku.
Hitung punya hitung rupanya sudah tiga bulan aku merasai kebahagiaan ini.
Syukur padaMu Ya Allah…Sejak kebelakangan ini wajah cerianya agak pucat. Selera
makan pun agak berkurangan dan memilih. Aku senyum bahagia. Rasanya ramalanku
benar…
“Honey,
bangun sayang…”
“Hmm…Anim
rasa tak larat la bang…” Jawapannya membuatkan senyumku semakin lebar.
“Sayang
demam?” Sengaja aku tanyakan soalan yang jawapannya haruslah tidak. Tuan punya
badan belum sedar lagi ni. “Abang nak kena gerak cepat ni, sayang...Honey
bangun, okey…?” Terpisat-pisat Hanim bangun.
“Abang
nak pergi mana? Kenapa tak cakap awal-awal?” Aduhai…belum apa-apa suaranya
sudah sebak.
“Abang
kena pergi Kundasang, ada seminar di sana. Sorry
abang tak cakap awal. Kalau semalam sayang tau, dah banjir rumah ni dengan air
mata. Ala…abang pergi tak lama, lusa abang balik.”
“Lusa?
Lamanya…” Dia kembali menyembabkan tubuhnya. Basah dadaku dengan tangisan. Aduhai…nak tinggalkan Elaine pun tak sesukar
ini.
“Abang
pun tak senang hati nak tinggalkan tiga orang buah hati abang ni di rumah.
Nanti panggil mummy dan daddy temankan ye?” Dia mengangkat wajah. Keliru.
“Kenapa
tiga?” Kusentuh perut Hanim. Bulat matanya yang masih basah merenungku.
“Sebab
tu sayang makin cengeng sekarang. Elaine pun kalah.”
“Mana
abang tau?”
“Tau
la…kan abang yang buat…” Jawapanku mendapat hadiah. Bukan ciuman tapi cubitan.
Tangisannya semakin deras. “Sudahlah jangan menangis banyak sangat, nanti baby
ikut perangai cengeng mama. Abang siap dulu, okey…sayang pelan-pelan siap.
Larat tak nak hantar Elaine? Kalau tak larat minta tolong daddy saja.”
“Tak
apa, Anim boleh hantar dan ambil Elaine. Abang balik cepat tau…”
Terdetik
juga perasaan bimbang meninggalkan Hanim dalam keadaan begini. Tapi apa boleh
buat, tanggung jawab memanggil. Siap kupesan Amzar dan Ros, mummy dan daddy
untuk menjaga Hanim dan Elaine sepanjang ketiadaanku. Alex, rakanku ketawa.
“Kau
ni, Kundasang saja pun. Macamlah jauh sangat. Lagipun cuma dua hari, bukan dua
bulan!”
“Sapa
tak sayang bini oii…” sahutku sambil ketawa. Sejujurnya, dua jam berpisah pun
rindu, jangankan dua hari! Amboi, melampau sungguh kau ni Jeffry.
Telefon
bimbitku bergetar. Amzar menghantar update pertama. Gambar Hanim terlentok di
meja makan di kantin.
- Salam. Cuba abang nasihat dia
sikit. Tak mau makan.
Mahu
ketawa pun ada. Tapi aku pasti itu adalah petanda awal.
+ Waalaikumsalam. Am tolong sabar
sikit dengan dia. Pembawaan budak tu.
- Dah agak dah…tahniah, bang. Nanti
lunch saya dengan Ros bawa dia makan. Abang jangan risau ye.
+ Thanks Am. Tak boleh tak risau.
Baru hari ni kembar siam berpisah…haha…
“Apa
senyum sorang-sorang? Angau!” Mujur Alex yang memandu. Dapat juga aku melayan ‘bodyguard tanpa gaji’ yang menghantar
laporan.
“Haruslah
angau. Aku sayang bini, bukan macam kau!”
“Eleh,
macam dia saja sayang bini. Sudah lah kau.” Akhirnya kami berdua ketawa. Alex
antara rakan lama yang masih akrab denganku sejak dari zaman solo hingga
beranak pinak. Walau anutan kini berbeza kami tetap berkawan rapat.
“She is pregnant. I am a bit worry…”
“Wow! Congratulations man…hebat kawan aku
ni. Berapa bulan?”
“Belum
buat chek up. Tapi aku yakin dia
berisi. Non-stop sejak hari pertama, kecuali bendera Jepun!” Aku ketawa
mempermainkan Alex.
“Itu
bukan hebat, itu kemaruk! Hisyy…ada juga kawan aku macam ni punya perangai!”
Sempat dia menumbukku. Akhirnya dia turut ketawa. “I am happy for you, man. Kau berhak bahagia lepas apa dah jadi
bertahun dulu. Jaga dia elok-elok. Aku pun nak pesan dia supaya jaga kau
bagus-bagus. You two are compliment each
other.”
“Thanks, Alex. Memang itulah azam aku.
Nak bahagiakan dia dan Elaine.” Hai…cepatlah masa berlalu. Tak sabar kembali ke
pangkuan kekasih hatiku. Haha...memang kau angau dan kemaruk, Jeffry. Baru saja
sampai di Hotel Perkasa, Kundasang. Seminar baru saja bermula. Kau dah merindu…
Waktu
rehat minum pagi aku cuba menghubungi Hanim. Panggilanku tidak berjawab. Ada
kelas mungkin.
-
Salam. Sayang sihat? Abang rindu…Take
care sayang...Rindu abang tau…
Seminar
disambung semula. Kenapa ada resah bertandang dihati? Ya Allah, pelihara dia
untukku...
Aku
cuba menumpukan sepenuh perhatian pada pembentangan kertas kerja. Bukan
calang-calang pembentang yang datang dari Putra Jaya. Tambahan pula aku harus
memanjangkan hasil seminar kepada semua guru di sekolahku. Tetapi apa yang
dinamakan konsentrasi sangat sukar buat masa ini. Tak sabar menanti waktu rehat
tengahari. Sabarlah wahai hati…satu jam lagi. Sayang, abang rindu…hatiku
merintih…Tanpa sedar aku mengeluh.
Alex
di sebelahku sudah buat muka. Dia angkat kening. Perlahan dia menolak sekeping
kertas.
-
kau dah kenapa?
Aku
balas. Tolak semula kertas.
+
rindu bini
Alex
buat muka loya. Haha…dah buat perangai macam budak-budak. Tapi sesungguhnya
dalam hati bergolak rasa resah, rindu yang membadai…
Selesai
pembentang menoktahkan kata, semua peserta bergegas keluar dari bilik seminar.
Masing-masing ingin segera mengisi perut yang tak berapa lapar. Macam mana nak
sempat lapar kalau asyik makan memanjang; sarapan makan berat, minum pagi lagi.
Makanan belum sempat hadam sudah dipelawa makan tengahari. Aku turut bergegas
mencari sudut agak sunyi. Telefon bimbit erat di tangan.
Sebelum
sempat aku menekan butang dail, ia bergetar. Yeah…panggilan dari tersayang.
Tapi…
“Abang,
balik cepat. Anim di hospital. Elaine…err…Elaine…” Amzar nyata gugup.
“Am,
kenapa Elaine?”
Jika
tidak ada dinding tempatku bersandar nescaya aku telah terjelepuk dilantai. Ya
Allah…ujian apakah ini…Segera aku mencari Alex. Tanpa meminta izin dari
penganjur aku terus ke stesyen teksi dengan dihantar Alex. Saat ini tidak ada
yang dapat menghalangku dari terbang menemui kekasih-kekasih hatiku. Ya, dua
insan yang kusayang…apa sebenar yang terjadi? Andai aku mampu terbang…
No comments:
Post a Comment