“Kau
tenang, okey. Hal di sini aku urus dengan penganjur. Apa-apa kau update.”
“Thanks, Alex. Kau tolong doakan ya.” Aku
tidak mampu berkata lebih. Kakiku selembik agar-agar. Jantungku terasa sudah
melompat keluar dari sangkarnya. Aku
segera menghubungi sekolah tadika Elaine. Setelah mendapat sedikit penjelasan
dari guru besar baru hatiku rasa agak tenang. Ya Allah, lindungi anakku,
lindungi isteriku…
Tiba-tiba
timbul rasa marah dalam hatiku. Aku perlu bercakap dengan dia! Pesanan masuk
dari Amzar.
-
abang jangan risau Anim, dia stabil. Ros
jaga dia sekarang di hospital. Saya bimbang Elaine.
+ thanks Am. Abang dalam teksi ni.
Tolong jaga Anim sementara abang sampai. Pasal Elaine jangan bimbang. Dia
selamat Insya Allah.
- abang tau di mana Elaine? Di mana
dia!!!?? Sofea menangis hampir pengsan tengok Elaine kena heret masuk kereta
tak tau siapa!
+ calm down, Am. Trust me, Elaine
selamat.
Now, game time! Kau
nak sangat main dengan aku. Silakan! Panggilan kubuat kepada seseorang.
“Hey
perempuan, kau dengar sini baik-baik!”
Percakapanku
berakhir tak sampai 60 saat. Aku tidak memperdulikan pandangan aneh pemandu
teksi dari cermin pandang belakang.
“Semua
okey ka encik?”
“Oh, okey
saja, bang. Nanti hantar saya terus ke Hospital Keningau ah?” Dia mengangguk.
Pantas aku menghubungi Alex.
-
Fren, need your help. ASAP.
Aku
menekan beberapa butang membentuk satu kod yang hanya difahami orang tertentu.
Segera Alex membalas. Eh, dia ni seminar ke lesap ke mana? Laju saja membalas
pesananku?
+
no worries geng, itu guna ada kawan.
Wah,
keluar sudah perkataan ‘geng’. Siap kau perempuan. Baru kau tau langit tinggi
rendah! Aku sudah mampu senyum sedikit. Tapi kembali resah mengingatkan isteri
tercinta. Harap semua selamat, amin…
Baru
subuh tadi kurenung wajah lenanya. Kini kutatap kembali wajah yang tercinta
ini. Lebih pucat. Terdapat luka kecil di telapak tangannya. Kubelek seluruh
tubuhnya. Tiada luka lain. Hanim masih belum sedar hingga kini. Selepas
berjumpa doktor yang bertugas, hatiku sangat bersyukur. Hanim baik-baik sahaja.
Cuma tekanan darahnya agak rendah.
Kandungannya juga selamat. Alhamdulillah… Selepas dia sedar pemeriksaan
lanjut akan dibuat, kata tuan doktor. Roslina dijemput pulang oleh Amzar.
Seperti yang lain dia juga sangat terkejut dengan kejadian hari ini.
Macam-macam yang terjadi dalam masa beberapa jam sahaja.
“Abang…”
Hanim bersuara perlahan. Dia cuba untuk bangun dan memelukku. Matanya sudah
basah. Mulutnya terketar menahan tangis dari meledak. Aku pantas menahannya.
Kudakap tubuh lemah ini dengan berhati-hati. Botol drip dan segala wayar
menyukarkan aku untuk melekap padanya seperti selalu. Aisey kau ni Jeff, isteri
sedang sakit boleh lagi ingat benda lain.
“Anim
minta ampun, abang…Anim tak mampu jaga Elaine baik-baik. Sekarang Elaine dah
tak ada. Anim minta ampun, abang…ampunkan Anim…ampunkan Anim…” Tak henti
bibirnya mengucapkan kata ampun. Ketara benar sayangnya pada Elaine.
“Abang
tak marah sayang… Honey bertenang, okey… Ingat Allah. Allah akan jaga anak
kita. Shh…sayang jangan nangis lagi. Anak kita selamat, percayalah…Dua-dua pun
selamat.” Kukucup dahinya penuh kasih, kuseka air matanya. Dalam esak tangis
yang masih menggila dia tak dapat bersuara. Kubacakan ayat-ayat Allah yang
mampu kuingat ditelinganya. Kuhembus ubun-ubunnya. Perlahan-lahan dia kembali tenang.
“Elaine
di mana sekarang, bang? Anim tak boleh kalau dia…”
“Dia
ada dengan Hazel.” Menyebut namanya pun aku benci. Tapi Hanim harus tahu agar
dia tak berterusan begini. Bulat mata Hanim. Serta merta berhenti tangisnya.
“Hazel
tak akan berani apa-apakan anak dia sendiri. Sebab tu abang cakap sayang jangan
risau…Abang tanya dengan guru besar tadika Elaine. Dia pun minta maaf sebab tak
dapat halang Hazel. Dia kan mommy Elaine…Abang dah suruh dia hantar anak kita
ke sini sebelum jam enam petang ni.” Hanim terus berusaha untuk duduk. Bertambah
bulat matanya mendengar penjelasanku. Pantas dia mengeringkan airmatanya.
“Elaine
selamat? Betul ni, bang? Nanti Hazel hantar?”
“Iye,
sayang…Honey doakan yang baik-baik saja. Insya Allah semua selamat…” Terdengar
bisikannya menyebut Alhamdulillah berkali-kali. Ku tarik tubuhnya rapat ke
dadaku. Lama kami berkeadaan begitu sebelum pintu bilik wad kelas satu ini
diketuk.
“Abang,
kami masuk ye?” Terjongol Amzar di muka pintu. Dia masuk diikuti Roslina dan
anak-anak mereka. “Lama sangat di luar nak tunggu adegan 18sx tamat. Kami
terjah la. Mujur budak-budak ni tak
nampak.” Amzar cuba bergurau untuk menceriakan suasana. Syukur isteriku kembali
tersenyum.
“Sini,
sayang acik…” Hanim menarik Sofea ke dalam pelukannya. Wajahnya masih mendung
dan suram. Kesian Sofea. Bukan hanya aku dan Hanim yang terkesan, tapi juga bff Elaine ni. “Sofea jangan sedih ye.
Petang ni Elaine balik.” Serta merta Sofea menjerit kegembiraan. Amzar dan
Roslina mengangkat kening. Aku mengangguk.
“Nantilah
abang cerita semuanya. Sekarang kita sama-sama tunggu Elaine sampai.”
“Abang
tak buat report polis?” Aku menggeleng kepala. Dari segi perundangan sivil Hazel
masih ada hak penjagaan. Cuma kes ini ada dalam fail Mahkamah Anak Negeri.
Hazel mungkin buat-buat lupa dia sudah melanggar perjanjian yang dibuat di
hadapan Ketua Anak Negeri (KAN) dulu.
“Abang
rasa Hazel ni kena pengaruh. Dia sendirian tak akan berani langgar perintah
Mahkamah Anak Negeri.”
“Suami
dia?”
“Bukan.
Boyfriend.” Inilah kali pertama Amzar, Roslina bahkan Hanim mendengar apa yang
berlaku 4 tahun yang lalu. Aku malas juga untuk mendedahkan aib Hazel. Apa hal
pun dia tetap mommy anakku…
“Lepas
dia tinggalkan Elaine kami adukan hal ni ke Mahkamah Anak Negeri. Mama bapa dia
yang datang jadi wakil sebab masa tu Hazel tak dapat dihubungi. Dia dah tak ada
hak menjaga Elaine. Ada surat perjanjian di depan KAN. Dia tak akan berani
langgar perjanjian tu.”
“Kalau
dia langgar juga?” Amzar tetap ingin tahu.
“Dia
tidak akan berani, percayalah.” Amzar mengerutkan kening tanda tidak faham. Dia
akan mengerti dan turut yakin jika dia tahu keseluruhan cerita ini. Nanti dia
akan faham juga. Aku rasa tidak selesa bercakap tentang hal ini di hadapan
anak-anak kecil. Hazel dan keluarganya tidak akan mampu membayar sogit (denda)
yang kami letakkan. Lagipun dia tidak akan sanggup mempertaruhkan nyawa dan
keselamatan dirinya dan teman lelakinya….
Telefon
bimbitku bergetar. Pesanan dari Joe aka Jupirin. Beberapa minit selepas itu
pintu diketuk. Pintu terkuak dan Elaine meluru masuk. Terus pandangannya
mencari mama. Hanim dalam keadaan tergamam cuba turun dari katil. Aku terus
menyambar Elaine, memeluknya dengan erat.
“Mama…mama…”
Dia meronta cuba mendapatkan Hanim. Aduh…Elaine seolah tak rindu langsung
dengan daddy. Asyik mahu mama saja…Ros dan Sofea sudah berlinang air mata
melihat anak dan mamanya bersatu. Hanim jangan katalah, boleh ditadah dengan
baldi air matanya.
Di
belakang Elaine berjalan Hazel dan teman lelakinya dengan menundukkan kepala.
“Kamu
tunduk di kaki daddy Elaine!” Bagai petir suara Joe memberi arahan. Dengan
perlahan keduanya melutut di kakiku. Kalau ikut rasa panas di hati, mau saja
kuhentak kepala kedua-dua manusia ini. Tapi aku yakin mereka telah mendapat
bahagian yang sepatutnya. Aku perasan bibir teman lelaki Hazel yang pecah dan
lebam di pelipis matanya. Dia berjalan pun dengan agak kepayahan.
“Apa
janji kau dulu hah, Hazel? Kau sengaja cari pasal, kan? Mau kasi susah mama
bapa kamu?” Giliranku pula memetir keduanya. Mujur aku masih ingat kami berada
di hospital. Kalau tidak memang nahaslah budak dua ekor ni! Lagipun aku tidak
mahu Elaine melihat aku memukul mommynya, mommy yang tidak pernah membelainya
sejak bayi. Kesian Elaineku…
“Kamurang
dengar sini ya. Kalau kamu cuba sentuh Elaine lagi memang kamu tidak sayang
nyawa. Jangan cakap kamu tidak kena kasi amaran! Sekarang pergi!”
Joe
mengheret keduanya keluar. Semua memandang Joe dan aku dengan mata yang
terbuntang. Masing-masing pastinya amat terperanjat melihat seorang ‘aku’ dari
sisi yang lain. Aku menepuk belakang Amzar yang kelihatan masih terpegun. Aku
lantas memeluk dua orang buah hatiku. Terasa keras tubuh Hanim menerima
dakapanku.
“Hey…ini
abang la, your beloved husband.” Aku berbisik di telinga isteriku.
“Err…abang,
kami balik dulu ye. Nanti kami datang lagi.” Amzar bersuara memecah suasana
janggal. Setelah bersalaman dengan Hanim dan memeluk Elaine, Roslina keluar
diikuti anak-anak dan Amzar. Sempat aku berbisik pada Amzar, “Nanti kita
sembang lagi ye.” Amzar mengangguk.
Aku
kembali memeluk isteri dan anakku. “Abang minta maaf buat sayang terperanjat.
Ala…sekali ni je abang nak jadi hero Tamil…boleh kan?” Aku cuba memancing
senyuman Hanim. Kantoi! Hanim tetap memeluk Elaine dengan erat tanpa
memandangku.
“Err…kakak
tak mau peluk daddy? Daddy rindu kakak juga…” Aku membuat suara merayu. Elaine
buat donno saja. Alamak…apa nak pujuk
ni. Mati akal aku dibuatnya.
“Daddy
garang, kakak takut…” Elaine bersuara perlahan sambil mengintaiku dari pelukan
mamanya.
“Mama
pun takut daddy….” Hanim pula bersuara, matanya tetap dilarikan dari
memandangku. Aku mengeluh.
“Daddy
buat macam tu sebab nak kasi dia orang takut. Daddy bukan garang pun…Kan daddy
sayang mama, sayang kakak…” Sehabis lembut aku menuturkan kata-kata itu sambil
memeluk erat keduanya. Aku mencari pandangan Hanim. Yesss…dia membalas
pandanganku. Kukucup dahinya lama.
Kuintai mata Elaine. Nampak dia tersenyum sambil mengalihkan tangannya untuk
memelukku pula.
No comments:
Post a Comment