Alhamdulillah…dah
kembali isteriku dan anakku…Aku membelek tubuh Elaine cuba mencari sebarang
kesan luka atau lebam. Walau ada segaris luka memang akan kukerjakan dua ekor itu
semaunya.
“Mommy
ada pukul kakak?”
“Itu
mommy kakak?” Elaine membuat muka hairan. Hampir menitis air mataku mendengar
soalan Elaine.
“Hmm…tak
apalah. Elaine jangan ingat dia lagi ye. Elaine dah ada daddy, mama, mummy dan
aki. Cukuplah, kan? Tak lama lagi kakak ada baby kecil tau.” Dengan perlahan
Elaine turun dari riba Hanim. Perlahan juga dia menolak tubuh mamanya supaya
baring.
“Betul?
Mama ada baby kecil sini?” Tangan comelnya menyentuh perut Hanim. Sekali lagi
dia menyingkap baju hospital yang dipakai Hanim. Dicium perut mamanya kemudian
diletak telinga konon mendengar suara baby. Aduhai anakku…tak sabarnya nak jadi
kakak.
“Kakak
tolong jaga baby, jaga mama nanti ye…”
“Okey
daddy.” Hanim membisu tanpa suara. Hanya air mata saja yang mengalir.
Haila…makin cengeng dia ni.
Malam
ini kami tiga beranak berkampung di hospital. Hanim masih belum boleh keluar
dari wad. Elaine pula enggan pulang mengikut mummy dan akinya. Rasanya dia
masih trauma berpisah secara paksa dengan mamanya. Dari tadi dia tidak mahu
turun dari katil. Cik jururawat pun tidak dapat memaksa. Akhirnya dia baring
menyempit di sisi mama.
“Daddy
nak tidur di mana?” Aku olok-olok membuat muka sebek tetapi Elaine hanya
ketawa. Dia menunjuk ke arah kerusi malas yang disewa dari pihak hospital.
Hmm…kesian daddy….
“Abang…”
Hanim merenungku dengan pandangan penuh persoalan. “Tolong bagi tau, saya
kahwin dengan siapa sebenarnya?” Aduh…keluar balik dah ‘saya’ dia…
“Sayang
kan kenal abang hampir 10 tahun? Suami sayang ni orang yang paling macho, baik
hati, rajin, handsome dan lain-lain lagi.” Sengihku sikit punya lebar tapi
tidak bersambut. Dia hanya mengeluh dan memalingkan wajahnya ke sisi lain.
“Sayangggg…tak
baik tau berpaling muka dari suami. Tak ada apa dah rahsia abang. Semua abang
dah share dengan sayang…” Dia
berpaling ke arahku tapi matanya pejam rapat.
“Sayangggg…sayang
tau tak, banyak sangat pahala kalau isteri pandang suami dengan rasa kasih?”
Perlahan dia membuka matanya memandangku.
“Sayanggg…sayang
nak pahala lebih tak?” Tanpa penjelasan lanjut dia mengukir senyuman walaupun
tak semanis biasa. Aduhai…mujur di hospital. Kalau tidak…hmm… Aku mendekatinya
serapat mungkin. Kubelai rambut hitamnya, kukucup ubun-ubunnya.
“Sayang…terima
kasih sebab percayakan abang. Abang minta maaf buatkan sayang susah hati tapi
percayalah, abang masih waras untuk buat benda-benda yang tak betul. Abang
hanya nak pertahankan hak abang. Abang nak lindungi sayang macam abang janji
sebelum kita kahwin dulu, ingat tak? Abang nak jaga Elaine lebih dari abang
jaga nyawa abang sendiri. Abang janji lepas sayang sihat abang akan cerita
semua kat sayang. Tak ada dah walau sehelai benang tutup rahsia abang. Dan tak
ada sehelai benang tutup badan abang.” Aku mengenyit mata.
“Isyy…abang
ni. Kalau tak kena cubit sehari memang tak boleh kan? Asyik mengarut je. Orang
tanya betul-betul.” Aku ketawa senang. Hanim kembali senyum dan kembali
mencubit. Tanda okey la tu….
Tak
sedar bila masa terlelap, tau-tau cik misi mengejutkan aku dari tidur yang tak
berapa lena.
“Encik,
katil ni untuk satu orang saja. Boleh roboh kalau naik bertiga.” Alamak,
malunya. Macam mana boleh tak sedar menghimpit Hanim dan Elaine atas katil
pesakit. Cik misi mengulum senyum.
“Maaf
cik, maaf…” Aku cuba mengangkat Elaine tapi dilarang oleh cik misi yang baik
hati.
“Anak
tak apa tidur atas, tapi daddy tidur di bawah ya…sesak nafas nanti puan isteri
tu, penyakit lain pulak yang datang.” Ewah…selamba dia perli aku…haha…dah
memang salah sendiri.
Waktu
sedang menghampiri subuh. Aku mengambil peluang ini melakukan solat hajat dan
solat tahajjud di sisi katil isteri tercinta. Lama aku bersujud menzahirkan
rasa syukur yang teramat atas perlindungan Allah kepada isteri dan anak
kesayanganku. Tak tergambar olehku jika sesuatu yang buruk terjadi ke atas
keduanya. Ya Allah…aku bersyukur atas segala nikmat dan rahmat dariMu. Aku
membangunkan Hanim untuk solat subuh. Agak payah juga pergerakannya dengan tiub
yang masih bersambung dengan tubuhnya. Apapun kewajipan ini harus disegerakan.
Pemeriksaan
pagi ini dilakukan oleh seorang doktor wanita. Dia mengesahkan kandungan Hanim
berusia empat minggu. Dengan tekanan darah yang masih agak rendah,
berbakul-bakul nasihat puan doktor kepada kami berdua. Tidak lupa juga ‘buah
tangan’ berupa ubat-ubatan yang harus ditelan setiap hari mengikut sukatan dan
masa tertentu. Tengok ubat pun aku jadi kenyang. Hanim dibenarkan pulang ke
rumah. Cumanya dia harus meneruskan pemeriksaan kandungan di klinik ibu dan
anak setiap bulan.
Sampai
di rumah kami mummy dan daddy sedia menunggu. Mummy telah pun menyediakan sup
ayam kampung buat menantu kesayangannya. Nampak riak terharu di wajah isteriku.
Dia tidak mempunyai ibu bapa lagi. Mestilah suka kena layan dengan baik oleh
mummy dan daddy. Elaine sudah melompat keriangan dalam dukungan akinya sambil
mulut becok bercerita.
“Aki,
kakak mau dapat baby tau. Baby ada sudah dalam perut mama.” Daddy tersenyum
lebar. Mummy pula segera memeluk Hanim. Gembira benar kedua orang tuaku mahu
menyambut cucu kedua.
“Syukur
pada Tuhan…mummy gembira betul ni. Babang, tidak mahu bikin makan-makan tanda
syukur?” Aku mengangguk. Memang ada dalam perancanganku untuk membuat sedikit
kenduri kesyukuran.
“Malam
minggu ni la kan? Minta tolong Ros buatkan nasi kerabu special.”
Keesokan
paginya…
“Sayang take care, okey…if anything
just call abang. Don’t forget to eat and take your medicine, don’t open the
door to strangers, don’t forget that I love you so much…”
Hanim hanya mendiamkan
diri mendengar pesanan penaja dariku. Macamlah nak pergi sebulan, padahal
sekerat hari je. Tapi memandang wajah monyoknya bikin hatiku penasaran. Apa
lagi yang tak kena?
“Kenapa
ni sayang? Abang pergi sekejap saja. Kalau boleh abang pun nak cuti sakit macam
sayang…tapi doktor tak nak bagi…” Kalau gurauku tak bersambut memang adalah
yang tak kena ni…Dia tunduk mencium tanganku.
“You owe me an explanation, abang…”
“Sayang,
nanti kita bincang lagi pasal ni ye…tapi percaya kat abang, okey? Abang pegi
dulu. Love you…” Aku mengucup dahinya
lantas bergegas ke sekolah dengan separuh hati tertinggal di rumah!
Macam
mana nak buat kerja kalau hati tinggal separuh? Aduh…Lamunanku terhenti oleh
ketukan di pintu bilikku.
“Good morning, bos. Sorry ganggu…” Amzar terpacul di muka pintu. “Boleh jumpa abang
sekejap? Personal.” Aku mengangguk. Amzar duduk di depanku. Dia menghulurkan
telefon bimbitnya. Dahiku berkerut. Apa kes? Kerutan dahiku bertambah tebal
setelah membaca pesanan ringkas untuknya.
-
Am, aku nak jumpa kau. Aku rasa Abang
Jeff sembunyikan sesuatu. Aku takut…
+ Anim, benda ni boleh bincang.
Jangan simpan sangka buruk dgn abg Jeff. Dia sayang kau.
Amzar
menunjukkan pesanan ringkasnya. Aku angguk setuju sebelum dia menekan butang
‘hantar’.
“Saya
tak nak abang sangka bukan-bukan sebab tu saya jumpa abang ni. Memang kami
sangat rapat sebelum ni. Tapi lepas dia jadi milik abang saya tak mau jadi bff dia lagi. Saya tau abang memang
sayang dia dan akan jaga dia baik-baik.”
“Salah
tu, Am. Abang bukan sayang dia tapi abang sayang dia sangat-sangat. Tak
melampau kan kalau abang kata dialah nyawa abang? Tapi abang tak faham apa yang
dia nak tau sangat cerita lama abang?
“Saya
pun nak tau juga, betul ke abang ni...err…ahli kongsi gelap? Maaf, bang. Benda
yang jadi kat hospital hari tu buatkan kami tertanya-tanya…” Amzar menunjukkan
muka serba salahnya.
Aku
mengeluh berat. “Tak ada la, Am…tu cuma geng lama abang je. Kami berkawan sejak
sekolah rendah lagi. Joe tu berlakon je garang disebalik cermin mata hitam dia
tu. Joe, Alex dengan ada lagi beberapa orang. Masa muda dulu selalu lepak
sama-sama tapi tak ada la buat benda-benda mengarut. We just protecting each other”
“Sebaiknya
abang terus terang saja dengan Anim. Tak elok ada rahsia suami isteri…”
Kalau
Amzar tak percaya apa boleh buat, dia hanya seorang kawan. Tapi kalau isteri
sendiri pun tak percaya terasa sungguh sakitnya tuh di sini! Aku cuba untuk
pulang awal memujuk buah hati pengarang jantungku, tapi malangnya di saat akhir
aku dipanggil ke Jabatan Pendidikan Daerah. Bos besar nak jumpa. Sampai di
rumah sudah lewat petang. Hanim menyambutku dengan wajah yang redup. Mahal
betul senyumannya. Sabar Jeffry, isteri kau tu mengandung, hormon tak stabil tu.
Elaine pulak meragam minta di bawa ke kedai membeli kertas lukisan bagai.
Hai…tak sempat lagi nak mulakan sesi pujuk memujuk. Dia tetap menghidangkan
makan malam tapi seleraku mati. Ada pulak biarkan aku mengadap makanan
sorang-sorang. Sudahnya aku angkat kaki ke masjid dengan perut kosong. Sampai
hati sayang buat abang macam ni…Eh, aku pulak yang merajuk ni apa hal?
Aku
masih di perkarangan masjid selepas menunaikan solat isya’ bila telefon
bimbitku bergetar. Pesanan bergambar dari Joe. Seseorang di hadapan rumahku.
-
dia berada di sana dalam tiga minit.
Menangis. Hanim tidak kasi masuk. Hanya bercakap melalui gril yang berkunci.
Dia pegang tangan Baby. Sudah beredar.
+ thanks Joe. Aku pulang sekarang.
Aku
sampai di hadapan rumah lantas memberi salam. Elaine membuka pintu. Kulihat
wajahnya yang selamba tanpa reaksi pelik.
“Mana
mama?” Tanyaku sambil mendukung Elaine.
“Mama
di dapur. Daddy, mama nangis.” Reporterku
mula memberi laporan. “Tadi ada orang datang. Dia pegang tangan kakak, dia cium
kakak di sini.” Elaine menyentuh pipinya. “Lepas tu dia nangis. Mama pun
nangis.”
“Sapa
orang tu?”
“Yang
di hospital tu. Yang uncle jahat marah dia tu. Yang daddy bilang mommy kakak.
Daddy, dia mommy kakak?” Kesimpulanku, Elaine masih tidak menerima adalah Hazel
ibunya, yang dia ingat hanya Joe sebagai ‘Uncle jahat’! Kesian Joe.
“Err…kakak
kasi siap lukisan tu. Lukis cantik-cantik tau. Nanti hadiah mama biar mama
senyum, okey?”
“Okey,
daddy. Kakak mau mama senyum tidak nangis lagi.” Bersemangat sekali Elaine. Apa
saja untuk mama dia sanggup!
Aku
melangkah perlahan ke dapur. Isteriku pegun mengadap sinki. Kulingkarkan tangan
ke pinggangnya. Dia terkejut dan dengan cepat mengeringkan air mata dengan
lengan bajunya.