Masa
camping? Hmmm…
Satu
: Dia tolong bawa beg, iring aku sampai camping
site. Waktu kami balik dari camping
site dia melakukan perkara yang sama.
Dua
: Waktu makan.
“Mana
makanan saya?” Dia menegur aku yang berjalan sambil menatang pinggan berisi
nasi dan lauk. Lantas kutunjukkan ke arah kawasan memasak. Di sana sekumpulan
guru dan pelajar sedang mengambil makanan.
“Sampai
hati kau makan tidak ajak saya.” Aik? Ini kan camping, bukan dinner di
hotel dia mahu minta dilayan. Mahu tidak mahu terpaksa aku berulang ke dapur mengambil
makanan untuknya.
“Sedap?”
“Kalau
kau yang ambilkan, rasa macam makan di hotel lima bintang.” Amboi, ayat tak
menahan. Padahal cuma sadin rebus dan sayur kubis tumis air sahaja. Sejak itu
setiap kali waktu makan akulah pelayan hotel tak bertauliah untuknya di tengah
hutan ni.
Tiga
: Waktu malam.
“Sejuk
kan malam ni?”
“Memanglah
sejuk, atas bukit, sebelah air terjun lagi.”
Tiba-tiba
saja dia meletakkan sweaternya di atas bahuku. Aku terkedu.
“Macam
mana saya mau bawa kau honeymoon di Korea
musim salji ni.” Dia senyum manis, aku senyum senget. Malam yang berikutnya aku
awal-awal lagi masuk ke khemah konon sudah mengantuk padahal mata
terkebil-kebil menatap bumbung khemah.
Empat:
Waktu memasak.
“Sini
saya tolong kau kacau.” Dia mengambil sudip besar dari tanganku lantas mengacau
gulai di dalam kawah.
Memang
pun kerja dia mengacau. Mengacau-bilaukan hatiku.
“Kau
tau, Honey, saya sedang susah hati sekarang ni.”
Aku
sudah tidak mampu menghalangnya menyebut nama itu. Mujur saja dia tidak
memanggilku begitu dihalayak ramai. Aku sekadar mengangkat kening.
“Saya
sedang menunggu tawaran ke IAB. Daftar masuk dua minggu dari sekarang.”
“Wah,
tahniah. Calon pengetua la kau ni kan? Apa juga yang susah hati?”
“Sebab
terpaksa tinggalkan kau…” Sambil tangan mengacau matanya tidak putus
memandangku. “Tapi saya akan pasti posting semula di sekolah kita.”
“Tidak
mahu cuba posting di daerah lain?” Aku cuba mengurangkan debar di hati.
“Tidak.
Kau tahu kenapa saya tidak mahu pergi jauh?” Tanpa menunggu jawapan dia
menyambung kata, “Saya tidak sampai hati mahu tinggalkan kau di sini.”
Aku
cuba berlagak selamba walaupun hatiku bergolak sehebat gulai ayam di dalam
kawah!
Ya,
kalau diamat-amati kata-katanya, aduh...betul-betulkah dia memaksudkan?
“Aku
anggap dia gurau je la, Am.”
“Orang
lelaki ni Anim, tak akan cakap ayat berani mati macam tu kalau hati dia tak
suka. Kau kena hati-hati takut kau nanti yang cair dengan dia.”
“Habis
tu kalau dia datang kat aku, tak kan aku nak terajang dia pulak? Gila ke apa?
Lagipun dia tak cakap direct. Mana aku faham. Aku bukan guru bahasa…”
“Hai
la kau ni, tak payah la nak jadi guru bahasa pulak, ini bahasa hati kau tau
tak? Isyy...lurus bendul pulak kawan aku sorang ni. Dah jom makan, Ros dah
panggil tu.”
Amboi
sempat lagi mengutuk aku.
Aku
makan dengan cukup berselera. Kalau dengan Amzar dan Roslina aku akan jadi
orang paling tak malu. Cakap pakai redah, makan main belasah!
Usai
makan aku mengambil alih tugas mengemas dapur. Roslina melayan anak mereka,
Ammar masuk tidur. Aku masih mencuci pinggan semasa Amzar kembali duduk di meja
makan. Kalau orang lain melihat haruslah ada yang menyangka kami ada hubungan
sulit. Duduk berdua-dua ketika isterinya di bilik menidurkan anak.
Tolong
jangan salah sangka ye, pintu bilik utama hanya beberapa langkah dari dapur.
Roslina masih dapat melihat kami dan mendengar perbualan kami, atau lebih tepat
perbalahan.
“Ni
aku nak sampaikan salam seseorang. Kalau betul kau tak ada hati dengan Jeffry,
dia nak melamar…”
Hampir
terlepas pinggan di tanganku. Mampus aku nak mengganti pinggan correle si Ros
ni. Bulat sudah mataku memandang Amzar.
“Kau
ni kan, bagi la kau habis cakap dulu. Dah, duduk sini. Dengar baik-baik apa aku
nak sampaikan.”
Huh,
bikin suspen saja Amzar ni. Ada ke orang berkenan dengan gadis brutal macam
aku?
“Siapa?”
“Amboi
tak sabar nampak. Gatal…” Tukas Amzar.
“Masri.”
Tiba-tiba Roslina menyampuk dari belakang Amzar.
Hah!
Mamat tu…
“Macam
mana? Kau ndak?” Nada suara Amzar sudah kedengaran seperti bapa Rohani
(Sarimah) dalam filem Madu Tiga.
Lama
kurenung pasangan itu sambil membayangkan wajah ‘sidia’. Masri? Stone gila!
“Aku
tak ada perasaan la kat Masri tu. Tak ada langsung getaran dalam jiwaku.” aku membalas
sambal melawak.
“Banyaklah
kau punya getaran. Perasaan tu boleh datang kemudian. Atau kau masih tunggu
dia?” Dengan Amzar aku tak boleh berbohong. Dia tahu segalanya pasal aku…
“Dia?
Siapa, bang?” Roslina sudah mengerutkan keningnya.
“Ayang
tanyalah sendiri dengan tuan punya badan.”
“Kau
sembunyikan apa dari aku, Anim?” Pandangan Ros seolah aku ni menantu bukan pilihan
dia. Eee…takut…
“Dah,
jangan nak buat muka seposen. Cepat cerita.” Garang betul Ros ni. Malanglah
siapa jadi bini si Ammar nanti.
“Ros,
janganlah marah. Aku nak cerita lebih-lebih, dia tak kata apapun. Aku tak
maulah jadi timba yang cari perigi. Malu aku weh…”
Sungguh
aku malu. Selama ini akukah yang hanya mengharap?
Ziyad…kau
umpama mengantungku tanpa tali. Separuh mati aku sayangkan dia. Separuh nyawa
aku mengharapkan dia. Hmm…separuh sajalah. Kalau bagi semua macam mana aku nak
hidup, ye tak?
Kadang
aku bingung dengan Ziyad. Sikapnya sangat mengambil berat. Kata-katanya sering berkias.
Tapi tiada kepastian. Setiap hari dia akan menghubungiku tanpa gagal. Sekadar
bertanya khabar atau sembang-sembang biasa. Mungkinkah dia sekadar
menghilangkan kebosanan? Mungkinkah seseorang akan ambil berat tanpa rasa
sayang? Aku letih memikir dan membuat andaian. Sampai bila aku harus mengharap
begini? Perlukah aku terima kehadiran orang lain? Menerima ‘sesiapa’ yang cuba
mengetuk pintu hatiku? Aku mengeluh lagi.
“Dah
dua tahun, Anim. Kalau dia serius nakkan kau tentu dia dah hantar cincin tanda.
Ini apapun tak ada. Kalau kata dia tunggu kakak dia kahwin dulu, boleh je
korang berdua bertunang ke apa...”
“Aku
sayang dia, Am…”
“Kau
fikirlah baik-baik. Kalau akulah, aku akan pilih orang yang sayang aku daripada
tunggu orang yang aku sayang.” Roslina menepuk perlahan bahuku.
Mungkin
betul kata Amzar dan Roslina, selepas dua tahun tiada apa yang dia buat untuk
menjadi tanda dia benar-benar mahukan aku menjadi isterinya. Jangankan buat
sesuatu, katakan sesuatu yang pasti pun tidak pernah…
Aku
berlalu dari rumah pasangan itu dengan perasaan yang berserabut. Seolah tidak
cukup dengan itu, keesokan harinya aku dihidangkan dengan episod yang lebih
haru.
“Hai…good morning, Jeff.” Aku menyapa Jeffry
yang sedang duduk di tempatnya.
“Hai…morning. Cikgu Hanim, saya cancel nama cikgu dari senarai yang
pergi ke Lembah Danum.”
Aku
cuba untuk mencerna kata-kata Jeffry. Sejak bila aku menjadi ‘cikgu Hanim’ pada
dia? Cancel nama ke Lembah Danum?
Ohh...sesuatu yang sangat pelik.
Memahami
tingkahku yang bingung, Jeffry menambah, “Bakal tunang cikgu tidak izinkan
cikgu pergi.”
“What?” Mungkin wajahku lebih merah dari
udang dibakar.
“Oh
itu pun dia. Saya gerak dulu.”
Jeffry
pantas bangun meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga. Bila kutoleh ke
belakang kelihatan Masri sedang bergerak ke arahku. Aku cuba sebaik mungkin
untuk tidak menghayunkan kasutku terus ke mulutnya!
“Assalamualaikum,
saya…” Sebelum sempat dia meneruskan kata-kata aku terus beredar dari situ
sambil menghadiahkan jelingan paling tajam. Aku mesti cari Amzar. Oh! Dia
sedang berjalan ke arah kantin. Siaplah kau!
“Amzar!”
“Apa
hal kau ni?”
“Apa
kau bagi tau si Masri sampai dia mengaku bakal tunang? Hey…aku tak kata pun
terima dia kan? Kau memandai kata aku setuju ke?”
“Wowow...sabar
Anim, sabar. Jangan lah tiba-tiba nak menyerang saja. Aku cuma cakap mungkin
kau terima dia. Mungkin saja. Bukan kata betul-betul sudah terima. Hisyy…si
Masri ni pun satu. Tak menyabar.”
Aku
duduk dan cuba bertenang. Bukan salah Amzar pun, jadi kenapa dia yang harus
terima kemarahanku.
“Kau
tolong bagi tau dia sejelas-jelasnya, aku tidak terima dia. Jangan cakap
mungkin-mungkin. Dia tu guru IT, cuma tahu nombor satu dan sifar, ‘ya’ atau
‘tidak’. Macam komputer.” Sempat lagi aku mengutuk ‘bakal tunang’ku. Memang tak
akan la…
“Jangan
la marah, aku….”
“Mau
aku tak hangin, dia nak atur hidup aku. Dia fikir dia siapa hah?”
“Okey…okey…nanti
aku sampaikan. Dah, jangan marah-marah. Aku belanja kau makan hari ni.”
“Tak
apalah, lain kali kau belanja. Dah hilang selera makan aku.” Dah lama aku ingin
ke Lembah Danum. Kata orang tempat tu sangat cantik dan mendamaikan bagi
pencinta alam. Berani dia memandai cancel
nama aku? Memang nak kena dia ni! Tetapi yang merisaukan bila Jeffry sebut
‘bakal tunang’. Err…kenapa aku harus risau?
Sampai
saja di rumah aku terus mengurung diri. Tenang Anim…tenang… Usai solat aku
melakukan rutin biasa seolah tidak ada apa-apa berlaku. Masuk ke dapur, memasak
ala kadar, mengemas rumah. Lewat petang sebelum masuk waktu maghrib, aku capai
sebuah novel. Sampai scene sedih
airmata mengalir tanpa sedar. Eh…?
Sebelum
melelapkan mata baru teringat telefon bimbit dalam beg tangan. Sembilan missed call. Semuanya dari Ziyad. Ia
berbunyi lagi.
“Assalamualaikum,
Anim…how are you?” Mendengar suaranya
membuatku sebak. Tanpa dapat ditahan airmataku mengalir lagi.
“Waalaikumsalam…I
okey…”
“No you are not…kenapa suara lain ni? You sakit?” See…. betapa dia amat peka dengan keadaanku.
“Tak
lah. Selsema sikit. You sihat ke? Apa
cerita?”
“I nak balik kampong next month. Kakak I nak kahwin dan I pun…” Suara Ziyad kedengaran sangat perlahan dihujungnya.
Aku
salah dengar atau…Ya Allah...berilah aku kekuatan…
No comments:
Post a Comment