“Kak
Anim, dengarnya kita nak dapat bos baru. Betul ke?”
Aisey,
Camelia ni kacau daun betul la. Sedang aku syok2 melayan angan menyibuk pula
dia.
“Haah.
Kak dengar juga tapi tak taulah khabar angin atau khabar puting beliung”
“Isy
kak Anim ni, ada pulak puting beliung. Mana tau yang datang nanti handsome,
tegap, sasa bolehlah kak Anim tackle. Hehe…” Sebelum sempat penyepit ketamku
bergerak Lia lebih dulu melarikan diri sambil ketawa.
Camelia
atau Lia, rakan yang paling rapat. Duduk di sebelah meja. Walaupun lebih muda
dariku 5 tahun tapi telah punya dua orang anak. Atau aku yang terlewat
sebenarnya? Hmmm….
Ya
benar kami akan dapat seorang bos baru. Lia tidak tau sebenarnya aku kenal
siapa yang bakal datang. Kenal, bahkan sangat kenal…
Terkenang
kembali pertama kali aku menjejakkan kaki ke daerah ini.
Dialah
orang pertama yang menegurku di depan pintu pejabat.
“Guru
baru ya? Mau jumpa pengetua?” Aku hanya mengangguk kepala sambil mengekori
langkahnya ke bilik pengetua.
Aku
masih bingung, masih belum percaya aku akan berada di sini. Beribu batu jauhnya
dari kampong halaman. Tercampak jauh dari keluarga dan sanak saudara untuk
menabur bakti di tempat orang memang menagih ketabahan agar air mataku tidak
menitis.
Kalau
kukira, tiga kali aku menangis. Pertama bila mendapat surat penempatan. Kedua
semasa menyusun kain bajuku ke dalam beg. Ketiga semasa di airport, sebelum
berlepas. Aku dihantar oleh mak saudara. Ye lah, aku ni kiranya yatim piatu
walaupun dah tua…
Ooo...bukan
tiga bahkan empat kali aku menangis. Kali ke empat di hotel tempat aku
menginap. Rasa seperti orang terbuang pun ada.
Keesokan
harinya aku mengheret beg dengan hati yang bercelaru untuk melapor diri di
sini, tempatku mencari rezki.
Pejam
celik pejam celik sudah lapan tahun aku berkhidmat di sini. Lapan tahun yang
penuh dengan suka duka, senyum dan air mata.
“Kak
Anim!” Amboi sergah aku boleh tahan. Laju saja jariku ingin mencubit, namun aku
terkedu melihat di sebelahnya…
“Kak,
bos baru...”
“Hai
Honey…” perlahan saja suara itu menyapa diiringi pandangan lembut tapi menikam.
Err…
“Hhhai
Tuan, selamat datang…” Aku menunduk lantas meletak tangan ke dada. Isy...sejak
bila aku mengidap penyakit gagap ni?
“Terima
kasih...” lantas dia berlalu menemui rakan-rakanku yang lain.
“Hani?
Kenapa dia panggil macam tu?” Lia merenungku tajam. Alamak, Lia terdengar
pulak. Apa nak cakap ni? Di hujung sana Amzar memandangku dengan kening yang
hampir bertaut. Ah…sudah...
“Errr...kak
nak beli makanan. Lia nak pesan?” Kelam kabut aku mencapai beg tanganku dan
melangkah laju meninggalkan Lia. Sampai bila aku mampu lari?
Amzar
adalah rakanku yang sangat memahami. Ya, dia lelaki. Siapa kata lelaki dan
perempuan tidak boleh menjadi bff? Dia ditempatkan di daerah ini sama dengan
tarikh aku melapor diri. Mungkin atas dasar merantau kami menjadi akrab. Dia
berkahwin setahun selepas itu dengan Roslina.
“Sudah
la tu, melompat keluar nanti air kopi tu.”
“Eh
Am, sejak bila tercegat kat situ? Jom minum.” Tak sedar aku hanya mengacau air
minumanku. Entah kemana fikiranku melayang. Hmmm....malunya…
“Kau
okey?”
“Okey
je…”
“Dengan
orang lain bolehlah kau temberang. Dengan aku jangan …Honey…” Amzar membalas
dengan wajah mengejek.
“Ammmm…kau
jangan cari pasal.” amaranku tak diendahkan. Amzar berlalu sambil ketawa.
Bilalah
agaknya hidupku akan aman? Selepas lapan tahun kukira semua cerita lampau akan
terhakis oleh masa. Tak sangka ia seakan timbul kembali gara-gara kehadiran dia...
Ya...dia...
***
“Kau
free ka hujung minggu ni? Jom pergi camping” Jeffry menarik rapat kerusi di
sebelahku lantas melabuhkan duduknya. Isyy...dia ni, tak boleh ke duduk jauh
sikit. Kak Trisha di meja sebelah sudah menjeling-jeling sambil bertukar senyum
dengan Kak Lenny di depannya. Ah…geng makcik radio karat memang begitu. Kami sama-sama
bujanglah. Jealous ke? Haha…ketawa aku dalam hati. Bukan aku tak tahu kisah
kami memang menjadi bahan gossip geng mereka. Macamlah aku ada perasaan dengan
si Jeffry ni. Iye ke tak ada?
“Free
la...bukan saya boleh balik kampong pun jauh. Camping di mana?” Aku memang
pantang dipelawa. Malah selalu aku yang akan offer diri menjadi tukang masak
untuk sebarang program camping. Janji dapat jalan-jalan melihat keindahan
tempat orang.
“Di
Penampang. Ada air terjun cantik tau di sana. Mana lah tau kau ada date dgn
boyfriend ka... saya mau booking kau duluan.” Eh, siap kenyit mata lagi si
Jeffry ni.
“Hey...mana
ada la…okey set! Saya ikut”
“Betul
ni tiada orang marah?”
“Tak
ada lah… siapa nak marah?”
Jeffry
kian menghampirkan wajahnya sambil berkata perlahan seolah berbisik, “Jadi saya
masih ada peluanglah?”
Heyy…apa
ni?
Dari
awal Jeffry sentiasa cuba mengorek rahsia statusku. Masih single kah? Single and
available atau single berpunya?
Aku
tidak punya jawapan yang pasti. Nak kata berpunya, sebentuk cincin pun belum
tersarung di jari. Nak kata available…hmmm…
Hari
yang dijanjikan pun tiba. Perjalanan dua jam menaiki bas aku habiskan dengan
mengelamun. Aku mengharapkan akan ada manfaat dari program ini.
Sekurang-kurangnya dapat menghilangkan stress setelah berminggu-minggu bergelut
dengan tugas di sekolah. Kadang-kadang bila sudah bersama dengan budak-budak,
perangai akupun menjadi gila-gila.
Tetapi tenang yang aku harap, ini pula yang datang...
“Hai,
jauh termenung? Sampai ke mana sudah?” Tanpa dipelawa Jeffry duduk di
sebelahku. Isyy…dia ni. Ada saja seat lain yang kosong.
“Hani,
kau jangan buat muka begitu, muka kau yang sedih bikin saya pun ikut sedih tau...”
Kata-katanya membuatku agak tersentak. Hani atau Honey?
“Jeffry...”
“Jeff
saja.”
“Panggil
saya Hanim atau Anim, bukan Hani, okey…Tiada siapapun panggil saya begitu.”
“Saya
mau jadi satu-satunya yang panggil kau dengan nama itu. Boleh kan, Honey?”
lirih sahaja kata-kata Jeffry di telingaku sambil mengeja satu-satu huruf H O N
E Y.
Aduh…masalah
ni...
“Jeffry, please...”
“Panggil
Jeff saja bah. Kau bilang tiada orang marah, kau diam bila saya tanya saya
masih ada peluang atau tidak. So saya anggap saya masih ada peluang. Kan, Honey...?”
Jeffry bangun meninggalkan aku yang perlahan-lahan menepuk dahi…
Aku
cuba berlagak biasa tetapi Jeffry semakin menakutkan. Dia berkeras membawa
begku sepanjang kami tracking menuju camping site. Bila mana kumpulan kami
bergerak laju mendaki bukit yang tidak begitu tinggi, dia dengan sabar
mengiringiku yang termengah-mengah mengatur langkah. Dihulurkan ranting kayu
seakan tongkat kepadaku dan menarikku mendaki lebih pantas.
“Pegang
kayu ni. Saya tarik kau.”
“Tak
apa, saya okey.”
“Pegang
atau saya sikut kau.”
“Heyyy…”
“Tau
pun kau takut. Nah, pegang hujung kayu ni. Atau kau mahu pegang tangan saya?”
Memang
tak lah…
Kami
berdua paling akhir sampai di camping
site. Guru pengiring lain sudah tersenyum-senyum menyambut ketibaan kami.
Sahlah akan ada gossip panas selepas ini di bilik guru.
Andaianku
benar belaka…
“Seronok
pergi camping?”
“Wah,
macam ada couple baru di sekolah ni.”
Semua
teguran kusambut dengan senyuman. Tak kanlah aku nak menangis berguling-guling
ataupun kulibas semua dengan parang samurai walaupun hatiku sedang bengkak mau
meletup! Amzar pun tidak berkecuali.
“Betul
ke apa yang aku dengar?”
“Dengar
apa?” Aku buat muka blur.
“Kau
jangan jadi kura-kura dalam perahu la, Anim. Kau tau apa maksud aku.”
Eleh...mentang-mentanglah
guru Bahasa Melayu. Siap peribahasa bagai.
“Am,
kau kawan aku yang paling rapat. Kalau ada apa-apa tentu kau yang paling awal
aku beritahu. Aku tak cakap apa-apa kan? So tak ada apalah.”
“Aku
serabut la dengar semua orang cakap pasal kau dengan Jeffry. Ramai yang tanya
aku betul ke berita ni? Kau couple dengan dia?”
“Aku
kecik ati la dengan kau. Macam kau tak kenal aku, Am.”
“Aku
minta maaf, okey… Kan aku ni dah serupa PA kau. Apa-apa hal orang akan tanya
aku. Kalau betul kau tak ada skandal dengan Jeffry…”
Belum
sempat Amzar menghabiskan kata-katanya, tanpa sedar sebuah buku melayang ke muka
Amzar. Mujur cuma sekeping buku latihan, kalau buku rekod mengajar harus pecah
bibirnya. Padan muka! Mulut tak ada insuran!
“Berat
tuduhan kau, Am. Kau fikir aku ni desperate
ke apa?”
Menyedari
kelancangan mulutnya Amzar sekali lagi memohon maaf.
“I am really sorry…aku tak bermaksud
apa-apa, Anim. Kau datanglah rumah malam ni. Dinner kat rumah aku. Nanti Ros masak lebih. Ada benda aku nak bagi
tau kau.”
Memang
susah jadi orang bujang. Berkawan salah, tak berkawan salah. Terlebih peramah
dikata gatal, tak berkawan dikata kera sumbang. Sabarlah wahai hati…
Aku
menghabiskan hari ini dengan wajah yang pura-pura tenang. Hai…cepatlah masa bergerak. Rasa ingin
kuputar jarum jam supaya cepat aku dapat melarikan diri dari pandangan serong
mereka. Tapi sampai bila?
Aku
sampai ke rumah pasangan itu jam 8 malam. Amzar seolah tidak sabar terus
menyerangku dengan soalan. Aku terpaksa menjawab on the spot sebab tidak sempat
menyiapkan skema jawapan!
“Kau
sayang dia?”
Geleng.
“Kau
suka dia?”
Hmmm…
“Tapi
dia suka kau.”
“Mana
kau tau?”
“Aku
lelaki, Anim. Aku tau la. Dari cara dia pandang kau, dia layan kau, dia memang
suka kau. Or shoud I say…he loves you?”
“Am,
kau dah menakutkan aku. Tak kan la…”
“Masa
camping hari tu kau tak perasan?”
Masa
camping? Hmmm…
No comments:
Post a Comment