Sunday, 30 December 2018

Hanim


                  Aku sangat selektif bila nak beli novel. Selalunya aku akan beli novel yang ditulis oleh penulis yang aku pernah baca hasil tulisan mereka dan aku berkenan. Ada banyak juga novel terpakai yang aku ambil sebab nak tolong kawan clearkan stok novel, akhirnya aku tak baca pun. Selak beberapa bab, ohh...tak boleh 'makan' akhirnya aku stop.
                 Tutup.
                 Simpan.
                 Membazirkan?

                Jaja Ahmad?
                Macam baru ini aku nampak nama penulis ni atas rak. Tapi aku angkat juga. Baca sinopsis macam boleh 'makan'. So aku beli. Well...istilah boleh 'makan' mungkin tak sesuai tapi aku tak jumpa istilah yang sesuai untuk menggambarkan apa yang aku rasa.

                Kenapa aku beli novel tu? Sebab nama watak utamanya.

                Hanim.

                Aku kenal beberapa orang yang bernama Hanim.

                Nurul Marlisa Hanim. Anak 'patner of crime' ku. Si manis 18.

                Nor Hanim Ismail. Biras. Juga 'patner of crime' sebab kami sama-sama anak menantu hantu.

               Nor Hanim Abdul Halim. Anak kawan baikku. Bakal dentist.

               Mardziah Hanim Mahazir. Menantu mak ngah yang baru saja menimang cahaya mata baby girl yang juga dinamakan Hanim; Arissa Hanim.

               Siti Hanimah. Hmm...sapa ni? Haha... Tak ramai yang tahu siapa manusia yang sorang ni. Keluarga terdekat akan panggil nimah. Ala...kampung punya nama. Akhirnya tuan punya badan pilih nama yang catchy sedikit; 'hani' alias 'honey'.

               Jangan marahhhh...



Saturday, 29 December 2018

Aku Ingin Bahagia (Akhir)


Mengandung kali pertama pada usia pertengahan 30-an bukanlah sesuatu yang mudah buat Hanim. Tambahan dengan masalah lelah dan tekanan darah rendahnya, hospital telah menjadi rumah kedua. Aku ada mencadangkan agar dia meletakkan jawatan sebagai guru tetapi Hanim keberatan. Akhirnya kami bersepakat Hanim hanya mengambil cuti tanpa gaji selama dia mengandung sehingga tempoh berpantang.
Mummy dan daddy terus tinggal bersama kami. Sesekali daddy akan menjenguk rumahnya yang hanya berselang beberapa pintu dari rumah kami. Kata mummy dia tidak sampai hati membiarkan Hanim mengurus rumah tangga sendiri. Tapi aku yakin bukan itu sebabnya. Seperti aku, mummy juga tidak sabar melihat cucunya lahir. Apapun aku sangat bersyukur keduanya dapat menerima antara satu sama lain. Berlainan budaya dan agama, ingat senang mahu serasi? Tapi mereka amat akrab. Pernah sekali aku pulang dari sekolah, daddy yang bukakan pintu.
“Mana Hanim dengan mummy?”
“Ada di atas, limping-limpang (berbaring-baring).”
Hanim sedang lena di atas peha mummy. Amboi…. Mummy hanya tersenyum sambil mengusap rambut Hanim.
“Tadi dia bilang pening kepala. Mummy sapu minyak angin terus urutlah.”
“Mummy, babang pun pening juga…” Aku merebahkan kepala di sebelah paha mummy yang satu lagi. Daddy hanya ketawa melihat kami.
“Hisyy…mengada babang ni.”
“Habis tu sejak ada Anim babang dah jadi macam anak tiri mummy saja. Asik-asik Anim. Asik-asik Anim…” Eleh nak merajuk konon, bukan mummy hairan pun kau nak merajuk.
“Apa mau heran, jangankan babang, daddy pun sudah jadi suami tiri…haha…” Kami ketawa mendengar gurauan daddy.
Tiba-tiba Elaine keluar dari biliknya sambil ketawa dengan kuat.
“Eh, daddy tak malu manja sama mummy.” Dia segera menggeletek pinggangku dan cuba menolak jauh dari mummy. Suasana riuh rendah menyebabkan Hanim terjaga.
“Eh, abang dah balik? Maaf Anim tertidur. Abang nak makan? Biar Anim sediakan.”
Alahai, badan sendiri tak boleh bawa ada hati mau melayan aku. Itulah isteriku, penyejuk mata, penenang jiwa.
“Eh tak apa sayang, hari ni daddy mau belanja kita makan di luar. Kan daddy?” Aku mengenyit mata, dan daddy ketawa besar.
“Bah, ya lah. Mari kakak kita makan di kedai. Kakak mau makan di mana?”
Kecoh dua beranak itu beriringan sambil berceloteh. Aku hanya memandang sambil tersenyum bahagia. Aku pantas memimpin Hanim menuruni tangga. Saat ini aku menyesal membeli rumah dua tingkat. Bimbang sungguh aku melihat Hanim melangkah tanpa dapat melihat anak tangga. Dia hanya mengagak saja langkahnya. Aduh…ngeri aku membayangkan yang tidak-tidak. Puas aku melarang dia naik turun sesuka hati tapi degilnya hanya Allah yang tahu. Banyak songel sungguh kalau dilarang.
“Ala…Anim bosanlah di atas saja.” Padahal ada saja set TV 42 inci di atas.
Atau,
“Aa…ada barang mau ambil di bawah.” Apa sangat yang nak diambil tu? Semua barang peribadinya ada di tingkat atas. Alasan saja.
Kalau tidak pun,
“Doktor cakap bagus tau abang, kalau naik turun tangga. Nanti mudah bersalin.” Kata-katanya akan diakhiri dengan sengih yang lebar. Aku rasa nak tetak saja tangga ni biar roboh! Hai…sabar sajalah dengan kerenah mak buyung ni.
Sedar tak sedar usia kandungan Hanim telah mencapai 36 minggu. Dengan dua nyawa di dalam rahimnya, perut Hanim kelihatan amat besar! Menurut doktor Hanim mengandung kembar tak seiras kerana bayi berada dalam dua kantung yang berasingan. Jantina masih menjadi misteri. Setiap kali di’scan’ bayi kami seolah malu, menyembunyikan jantina mereka. Biarlah menjadi rahsia Allah, aku terima dengan penuh rasa syukur. Sudahnya kami menyediakan dua nama lelaki dan dua nama perempuan. Set pakaian dan keperluan bayi kami beli serba putih. Lelaki dan perempuan semua ngam, bilang mummy.
***
“Eshan! Eshal! Ya Allah…budak-budak ni kan…mama kata jangan panjat tangga tu. Kalau dah tergolek nanti baru tahu nak melalak. Kakak, tolong mama jaga babies sekejap. Abanggg…babies tuuuu…Abangggg…tolong la…tangan Anim penuh sabun ni….”
            Apa juga lah yang mama jerit-jerit tu. Aku naik pening dengan kerenah Hanim. Asal anak-anak kami bergerak saja pasti Hanim akan mengekor dibelakang. Risau tahap melampau! Takkanlah nak dibiarkan budak-budak tu baring terlentang pandang siling sahaja? Haisyy…mama ni.
            Si kakak, Elaine datang berlari dari ruang tamu. Ketawa dia terkekeh-kekeh melihat sikembar berjalan seumpama penguin menuju ke arah tangga. Alah, mama ni. Adik-adik belum pun sentuh anak tangga pertama mama sudah menjerit.
            Kembar kami Eshan dan Eshal sekarang berusia 13 bulan. Baru bertatih-tatih melangkah. Kelahiran mereka menambah pelbagai perasa dalam hidup kami. Tapi yang pasti tiada yang pahit. Hanim melahirkan keduanya secara normal setelah genap 39 minggu mengandungkan mereka. Bayi lelaki lahir terlebih dahulu diikuti oleh si adik tiga minit kemudian. Atas permintaan Elaine, dia mahu nama kedua adiknya dimulai dengan huruf ‘E’. Aku dan Hanim segera bersetuju. Itu adalah petunjuk awal bagi Elaine bahawa kasih sayang kami sama sahaja antara dia dan adik kembarnya. Nama-nama itu pun senang disebut oleh mummy dan daddy selain dari mempunyai makna yang baik.
            “Kenapa sayang? Hmm…comotnya mama ni. Pipi pun ada sabun.” Aku menggelap pipi Hanim dengan tuala. Wajahnya mula menjadi kemerahan bila dengan perlahan hidungku mula menyentuh pipinya.Tetapi belum sempat…
            “Daddy….” Elaine menyeru dengan nyaring. Dia berdiri tegak sambil menggoyang jari telunjuk ke arahku. Kedua kembar juga berdiri tegak memandang kami. Alamak, bertambah sudah bodyguard mama. Semakin susahlah daddy mahu’gigit’ mama kalau begini. Hihi…
            “Daddy mahu bersihkan pipi mama la kakak.” Kataku sambil ketawa. Elaine ketawa juga akhirnya. Ah…sumandakku makin mengerti permainan orang dewasa. Bahaya!
            Banyak perkataan untuk menggambarkan perasaanku sekarang, tetapi yang paling utama ialah Alhamdulillah... aku bersyukur padamu Ya Allah atas rasa bahagia ini…
           



Thursday, 27 December 2018

Aku Ingin Bahagia 13


Tetamu telah mula memenuhi ruang tamu rumah kami. Biarpun hanya kecil-kecilan ramai juga rakan dan jiran tetangga yang memenuhi jemputan. Daddy kelihatan segak dengan memakai baju Melayu. Dia yang bersungguh ingin memakai seperti itu. Sempat juga diusik oleh cucu kesayangannya.
“Eh, aki handsome macam daddy aritu masa kahwin sama mama.” Elaine sudah berpusing-pusing membelek akinya. Boleh pula daddy tersipu-sipu malu bila jiran tetangga turut mendengar usikan Elaine. Semua yang memandang turut tersenyum. Sementara majlis berjalan daddy duduk di luar rumah berteman si Alex. Eh, awal juga Alex sampai seolah mahu solat hajat bersama.
Majlis dimulai dengan solat hajat diikuti oleh tahlil dan bacaan Yassin yang diketuai oleh Ustaz Muhammad. Insan yang sangat berjasa mendorong perubahanku sehingga menjadi diriku yang baru. Alhamdulillah, syukur kepada Allah.
Selesai bacaan doa masing-masing dijamu dengan nasi kerabu buatan Roslina. Kelihatan di satu sudut isteri kesayanganku duduk diapit oleh Fanny, isteri Alex dan Shila, isteri Joe aka Japirin. Eh, dah kenapa pula Hanim terhinggut-hinggut bahu? Isy…kena buli ke apa bini aku ni? Aku segera menoleh ke arah kedua rakanku. Rupanya mereka sedang memandangku sambil tersenyum. Joe siap kenyit mata dan memuncungkan mulutnya ke arah isteri-isteri kami. Apa kes? Alex menggelengkan kepala sambil menghantar isyarat ‘biarkan saja, jangan masuk campur’.
Aku tidak sabar menanti tetamu pulang. Bukan niat menghalau tapi aku tidak sabar untuk melihat Hanim. Sepanjang majlis berjalan ketara benar senyuman diukir dengan payah. Apa juga yang mengganggu fikirannya? Jangan-jangan dia mendengar sesuatu yang tidak baik tentang diriku dari ‘isteri-isteri gangster’ tadi. Haissyy… Aku bimbang. Selesai menghantar tetamu terakhir dan menutup pagar aku segera menuju ke dapur. Hanim kelihatan agak letih. Tubuhnya menyandar di tepi sinki.
“Sudah-sudah la tu sayang. Kan abang dah suruh rehat tadi. Esok saja kita kemaskan semua ni.”
Kudakap tubuh kesayanganku ini sebelum dia rebah. Terasa benar dia lemah. Dia meletakkan kepalanya kedadaku. Esakan mula kedengaran. Lama kelamaan menjadi tangisan yang deras.
“Sayangggg, kenapa ni… Kita naik atas tidur, okey? Abang sikut sayang?”
Hanim langsung tidak mahu melepaskan pelukannya. Haila…banyak lagi airmata dia agaknya.
“Syyy…sayang bertenang okey, jangan menangis banyak sangat. Nanti mummy ingat abang buli sayang pulak.”
“Babang!”
“Daddy!”
Alamak, baru kata dah datang dua orang ‘inspektor’ ni. Habislah aku…
Elaine segera naik di atas kerusi dan menarik mamanya dari pelukanku. Demi melihat airmata Hanim dia segera melompat turun dan berlari ke ruang tamu. Kenapa pulak tu? Mummy pula mencerlungkan matanya.
“Apa babang buat Anim menangis? Babang marah dia?” Amboi mak, garangnya mummy.
“Mummy ni, teda la…Mana ada babang marah dia, babang sayang bah isteri babang ni…”
Elaine datang dengan tisu di tangan. Dia naik semula di kerusi lantas menyapu air mata Hanim. Bising mulutnya bertanya.
“Mama sakit? Daddy marah mama? Mama jangan nangis, kakak sayang mama…Daddy, kenapa mama nangis?”
“Err, mama sakit perut. Ha…mama sakit perut makan banyak sangat nasi kerabu makcik Ros.”
Mummy mencubit pinggangku. Aduh! Elaine bolehlah termakan dengan alasanku. Tapi mummy tahu sajalah, sayangkan menantu lebih dari anak sendiri.
“Jangan macam-macam babang. Bawa Anim naik rehat di atas.”
“Mama sakit perut? Baby sakit juga? Kesian baby kakak…Mama jangan sakit…” Mau ketawa juga aku dengan gaya Elaine. Tapi aku menahan tawa demi terpandang wajah mencerut mummy. Segera aku mencempung Hanim dan membawanya ke bilik atas. Dia tidak melepaskan pelukannya dengan tangisan yang tidak juga reda.
“Ab…abang, An.. Anim.. isk.. isk.. minta… minta maaf de.. dengan ab.. abang… isk.. isk.. An… Anim…banyak silap de… dengan…ab…abang. Anim buruk isk… isk…sangka de… dengan…ab… abang…”
“Sayang, kenapa ni? Sayang bertenang dulu, okey? Abang tak faham sayang cakap apa.”
Tangisan Hanim bertambah deras. Dia tetap ingin bersuara tetapi tenggelam dalam raungan pula. Ya Allah, apa dah jadi ni?
“An… Anim malu de… dengan ab… isk… isk…ma… maafkan Anim, ab…abang…”
“Sayang bertenang dulu, jangan cakap apa-apa ye.”
Keadaan Anim kelihatan semakin lemah. Dalam esakan dia tetap ingin bersuara dengan keadaan tercungap-cungap.
“Am…ampunkan An…isk...isk…Anim, bang. Anim takut…”
Akhirnya dia benar-benar jatuh dalam dakapanku. Aku segera meletakkan Hanim di atas katil lantas meluru ke bilik sebelah mencari mummy dan daddy.
“Daddy! Anim pengsan!”
“Hah?”
Daddy yang baru merebahkan tubuh bingkas bangun dari katil. Aku segera mencempung Anim dan membawa turun. Mummy turut kalut tetapi yang paling kelam kabut tentulah Elaine. Dia yang terlebih kuat meraung melihat mamanya terkulai tidak bermaya dalam kendonganku.
“Cepat sini kunci daddy bawa kereta. Kau di belakang jaga Anim. Mummy jaga kakak jangan himpit si mama.” Daddy sudah kedengaran seperti jenderal. Oh, jangan tak tahu beliau pesara tentera berpangkat sarjan. Dia membawa kereta dengan cekap dan laju. Hanim masih meracau tetapi nafasnya amat perlahan. Ya Allah, risaunya hatiku hanya Allah yang tahu.
Sampai saja di bahagian kecemasan terus kuterjah masuk tanpa memperdulikan panggilan cik misi di kaunter pendaftaran.
“Maaf, maaf, kecemasan ni dia sukar bernafas!”
Hanim kelihatan beransur pulih selepas mendapat bantuan pernafasan. Nampaknya dia harus bermalam di wad sehingga benar-benar stabil. Oleh kerana dia mengandung doktor tidak mahu mengambil sebarang risiko.
“Tekanan darahnya agak rendah dan masih perlu bergantung dengan alat bantu pernafasan. Esok saya akan buat pemeriksaan menyeluruh. Buat masa sekarang biarkan Puan Hanim berehat dulu.”
“Baiklah doktor, terima kasih.”
            Elaine pulang ke rumah dengan berat hati. Berpuluh kali dia mencium pipi mamanya diiringi pesanan penaja untuk daddy.
            “Daddy jaga mama, okey.”
            “Daddy jangan marah mama.”
            “Nanti kasi mama minum susu biar mama cepat baik.”
            “Kalau mama bangun cepat-cepat daddy call kakak, okey?”
            Aku mengangguk kepala setiap kali dia berpesan. Dah nak jadi burung belatuk rasanya…haha…
            Sementara menunggu Hanim aku sempat menghubungi Alex. Dalam masa 15 minit dia muncul dengan Fanny. Pecut ke apa? Fanny yang terlebih dahulu menghampiri kami. Dengan wajah yang agak bersalah dia menggenggam tangan Hanim. Ni mesti ada apa-apa ni…
            “Jeff, aku minta maaf bagi pihak bini aku ni. Entah apa yang dorang cakap sama si Hanim pun aku tak tau. Kau tanyalah dia.”
            “Jeff, sorry ahh…. tidak sangka Hanim lembut betul hati dia. Saya rasa bersalah ni…” keluh Fanny dengan wajah murung.
            “Tak apalah. Benda mau jadi. Lepas ni kamurang kena train si Hanim jadi brutal sikit.” Aku cuba berlawak untuk meredakan suasana.
            “Dear, you tunggu Hanim sekejap ahh. I nak cakap sama Jeff”. Aku turut merasakan nada bersalah pada Alex. Kami berdua bergerak ke kantin. Rupanya Joe aka Jupirin telah menunggu di sana. Seorang tanpa Shila.
            “Shila tidak dapat datang. Tiada orang jaga anak kami.”
            Terharu aku dengan sikap ambil tahu kedua rakan karibku. Mereka menceritakan kisah yang berlaku sehingga menyebabkan Hanim jadi begitu. Aku hanya menganggukkan kepalaku tanda faham. Hmmm…alahai isteriku…
            “Shila cakap dia kasi tau si Hanim kalau berdosa dengan husband nanti susah mau bersalin. Hanim terus menangis. Banyak lagi la yang Shila cakap konon Hanim tidak bersyukur dapat husband baik macam kau. Mungkin dia terasa betul sebab sebelum ini dia tuduh kau macam-macam kan?”
            “Fanny pulak kasi tau kau ni ramai peminat. Silap-silap nanti kau tambah bini kalau dia buat perangai.”
            Aduhhai…apa la jenis gossip yang ‘bini-bini gangster’ ni cerita kat Hanim. Patutlah dia terus breakdown.
            “Nampaknya aku kena hantar Hanim ke ‘sekolah bini-biniku gangster” biar dia belajar tahan hati.” Kata-kataku disambut ketawa.
            Mereka beredar dari hospital sekitar jam 12 malam. Nampaknya malam ini aku terpaksa menjadikan kerusi malas sebagai katil. Sebenarnya tidak ada istilah terpaksa kalau ia berkaitan buah hatiku ini.
            “Abang, kalau abang letih baliklah rehat di rumah. Anim okey dah ni…” Hanim merenungku dengan pandangan sayu. Dia sudah boleh bercakap dan sekarang duduk bersandar di katil. Masih ada kesan rasa bersalah pada raut wajahnya meskipun berulangkali aku menyatakan kemaafan. Dia mencapai tanganku, menarik ke arah bibirnya dan mengucup perlahan dan lama.  
            “Betul sayang nak abang balik? Tinggalkan sayang sorang-sorang sini?”
            Hanim masih lagi memegang tanganku dan meramas jari-jariku seperti enggan dilepaskan. Eleh…mulut kata lain, hati kata lain. Tahu sudah jawapan hatinya.  Dia menggigit bibirnya seperti orang serba salah.
            “Honey, jangan buat macam tu. Abang geram!” Aku mendekati wajahnya dan berbisik perlahan. Serta merta wajahnya merah. Haha…sayangku tak pernah tak comel kalau tersipu.
            “Anim tak mau abang penat. Esok nak pergi office lagi kan…”
            “Mana ada penat. Abang kan hero sayang.” Aku mengenyit mata dan isteriku makin merah wajahnya. Timbul balik seri wajah yang sebelum ini suram. Alhamdulillah….
            “Dah lewat malam ni. Sayang tidur, okey? Rehat biar cukup. Abang tak akan tinggalkan sayang sendiri dan Honey janji dengan abang tau, jangan tinggalkan abang dan Elaine kecuali maut menjemput,” bisikku. 
            “Anim janji, abang. Maafkan Anim sebab…” Aku segera meletakkan jariku di bibirnya. Dengan perlahan aku menolak tubuhnya berbaring, menarik selimut menutupi dadanya. Tanpa memperdulikan orang ramai di katil bersebelahan, aku mengucup dahi isteriku, lama.
            “Kalau sayang cakap lagi abang cium sayang lama-lama. Biar semua orang tengok. Nak?”
            “Nak!” Secepat itu juga Hanim menarik selimut menutup mukanya. Oh, nakal ye…. 
            Keesokan harinya.
            “Encik jangan risau, dia sudah stabil sekarang. Cuma lelah saja. Tapi saya perlu scan perut untuk tau keadaan baby ye.” Lembut saja puan doktor memberi penerangan.
“Lelah? Dia tak pernah pun kena lelah sebelum ni?” Di sini kami memanggil lelah sebagai ‘ampus’. Hanim bukan pengidap lelah pun.
“Oh, memang kadang-kadang ibu mengandung akan mengalami penyakit yang tidak pernah dia hidapi sebelum ini. Contohnya seperti lelah, darah tinggi atau kencing manis. Tetapi selepas bersalin penyakit tersebut akan hilang.”
Sambil memberi penerangan tangan puan doktor dengan cermat melakukan scan ke atas perut isteriku. Elaine memerhati dengan penuh minat.   Sebelum itu puas mummy memujuk Elaine ke sekolah tetapi enggan. Dia berkeras mahu melawat dan menjaga mama kononnya.
“Alhamdulillah nampaknya babies sihat, degupan jantung normal. Ada pergerakan. Encik boleh lihat sini.”
Babies? Maksud doktor dua?” Aku mengangkat dua jari. Puan doktor tersenyum sedangkan aku, Hanim dan Elaine memandangnya dengan penuh kehairanan. Seolah baru tersedar, Elaine segera menjerit kegembiraan. Aku cuba menahan diri dari memeluk Hanim. 
“Kakak ada dua baby kan, mama? Dua kan?”
“Ya, kakak ada dua baby dalam perut mama.” Ujar puan doktor sambil dia mengucapkan tahniah kepada kami. Sesungguhnya aku tidak sabar untuk pulang dan melakukan sujud syukur. Hanim kelihatan sungguh terharu, bibirnya terkumat kamit membaca sesuatu. Elaine pula tidak lepas menggenggam tangan mamanya. Senyum usah katalah, sampai telinga!
Kami sampai di rumah lewat tengahari itu. Sebaik pintu kereta dibuka Elaine meluru masuk memanggil mummy dan aki. Ya Allah…tak pernah aku lihat Elaine sebegitu teruja.
“Mummy! Aki! Kakak ada dua baby! Kakak ada dua baby!”
Mummy dan aki telah dimaklumkan awal tapi tetap teruja walaupun tidak separah Elaine. Mummy memeluk Hanim dengan sangat erat dan lama.
“Mummynya, sudahlah tu. Kan Hanim penat mau berehat.” Perlahan daddy menegur mummy. Aku hanya mampu tersengih melihat telatah mereka. Keletihan menjaga Hanim semalaman dengan tidur yang tidak selesa sama sekali tidak terasa dek kegembiraan dan kesyukuran atas anugerah Allah ini.
Petangnya kami dikunjungi oleh Amzar sekeluarga. Sofea muncul dengan wajah yang sedikit murung. Bila aku angkat kening pada Amzar, dia hanya senyum. Nampak dia menahan tawa. Oh rupanya semalam Elaine telah menelefon rakan baiknya itu dan dengan bangga bercerita dia akan mendapat adik kembar.
“Yang paling tak tahan Elaine cakap daddy dia pandai buat adik twin. Terus Sofea suruh aku buat adik twin juga untuk dia. Aduh…tak reti aku nak jawab apa,” keluh Amzar. Kami semua ketawa mendengar cerita Amzar. Hai…budak-budak sekarang bergosip boleh tahan.


Monday, 24 December 2018

Aku Ingin Bahagia 12


“Nak kopi?” Dia cuba melonggarkan pelukanku. Aku gagal mencari pandangan matanya; tindakan biasa Hanim jika dia marah, sedih atau terasa hati. Kedengaran janggal kata-kata yang dituturkan. Oh…hilang sudah ganti nama diri kedua untukku dalam ayatnya.
“Lepaslah…nak tidur.” Janggal lagi, hilang pula sebutan namanya seperti selalu.
“Siapa nak kopi? Siapa nak tidur?” Resahku menggunung. Jangan buat abang begini, sayang… Tak betah rasanya mengadap isteriku yang dingin dan kaku. Tanpa melepaskan tangannya aku menarik tubuhnya supaya duduk di kerusi meja makan.  Kuangkat dagunya. Tanpa rela dia memandangku dengan jelingan sedikit tajam.
“Sayang, cakaplah sesuatu. Luka hati abang sayang jeling macam tu…” Aku kekal menggenggam jemarinya biar semakin kuat dia meronta.
“Saya dah tak ada apa nak cakap, dah letih bertanya tapi tak pernah dapat jawapan. Lepas ni simpanlah apa rahsia pun, saya tak akan tanya lagi dan tak ingin tau.” Lukaku mula mengalirkan darah…sakitnya… “Tapi sikitlah saya nak cakap, sampai hati kan awak halang seorang ibu jumpa anaknya? Sampai hati kan awak suruh kawan awak belasah orang lain seolah awak lah hero paling gagah? Apalah nasib saya lepas ni kan? Kahwin dengan seorang gangster!”
Buk! Rasa jantungku betul-betul telah terkeluar dari sangkarnya. Tergolek-golek atas lantai, merah berlumuran darah. Bercampur perasaanku, terkejut kali pertama mendengar bicara sekasar itu dari isteri tercinta, marah dengan tuduhan yang ternyata tidak benar, sedih kerana hilang kepercayaan seorang suri hatiku. Mana yang lebih pedih? Tentulah perkataan ‘awak’ yang terbit dari bibirnya! Dia merentap jemarinya dari genggamanku lantas beredar dari sisi. Aku masih terpegun cuba menghadam kata-katanya, Uh…tak tertampan oleh telingaku. Apalah yang telah merasuk hatinya? Ya Allah, ampuni dosa isteriku. Sesungguhnya dia tidak sedar….
Enggan melayan rasa yang bercampur baur, aku melangkah ke balkoni. Cuba merasakan dingin angin malam mengusap tubuhku yang panas luar dalam. Aku mengharap dia akan datang memujuk. Satu jam…dua jam…hingga akhirnya mataku kian mengantuk, dia yang ku nanti tidak kunjung tiba. Jam telah menginjak ke angka satu.
Aku menapak ke bawah. Gelap. Naik semula dan mengintai di bilik Elaine. Seperti yang kujangka Hanim akan membawa diri di sini. Keduanya telah lena berpelukan. Sedih menyapa hati. Orang tak sudi nak peluk kita sama…huhu… Kuangkat tubuh isteriku dan membawanya ke katil peraduan kami. Apalah guna katil besar begini kalau sayang tak sudi tidur di sisi abang….
Aku menarik Hanim rapat ke tubuhku. Inilah posisi kesukaan buah hatiku ini; tidur berbantal lenganku. Kubelai tubuhnya dan kucium dalam-dalam ubun-ubunnya.
“Sampai hati sayang buat abang macam ni.” Aku berbisik lunak sambil terus membelai tubuhnya. “Sampai hati sayang buat abang ternanti-nanti sayang pujuk abang. Sudahnya abang terpaksa pujuk diri sendiri. Sampai hati sayang marahkah abang. Sayang tuduh abang macam-macam. Bukan abang larang Hazel jumpa Elaine.  Abang marah sebab dia larikan Elaine. Bukan abang suruh Joe pukul boyfriend Hazel. Dia yang cuba usik Elaine. Tak kan Joe nak biarkan saja? Tapi sayang percaya cakap dia. Dan sampai hati sayang tuduh suami sayang ni gangster…” Saat ini aku tahu Hanim telah sedar dari tidur tetapi berusaha mendiamkan diri. Terasa sedikit gegaran tubuhnya menahan tangis tetapi lenganku telah basah dengan airmatanya. Eleh…ingatkan pandai berlakon…hehe…
“Abang cuma nak jadi hero sayang dan hero Elaine saja.  Tapi abang tak marah sayang. Abang terlalu sayangkan Honey, abang tak mahu sayang disentuh api neraka. Abang akan sentiasa maafkan sayang, sentiasa redha pada sayang…”. Kukucup lagi ubun-ubunnya. “Good nite, sayang. Assalamualaikum.” Aku berpura-pura tidur. Sepuluh minit berlalu, Hanim mendongak memandang wajahku. Aku terus memejamkan mata. Dia menyentuh pipiku dan bersuara perlahan.
“Anim minta maaf, abang…ampunkan Anim. Anim tak marah abang pun, Anim sentiasa sayangkan abang. Terima kasih sebab selalu sayang Anim, jaga Anim, sabar dengan isteri abang yang derhaka ni… Anim dah tak ada sapa-sapa lagi, abang...Anim hanya ada abang dan Elaine. Anim cuma nak menumpang kasih…”
Mujurlah aku lelaki sejati. Mau luruh sudah air mataku mendengar rayuannya.
“Anim harap abang jujur dengan Anim, tak sembunyikan apa-apa rahsia dari Anim. Tapi abang selalu ada kejutan, seolah abang tak percaya kat Anim. Anim sedih, abang…” Semakin lebat air matanya membasahi lengankuku. Aku tidak dapat menahan hati lantas menariknya lebih rapat ke tubuhku.
“Abang….”
“Shh…tidur ye sayang, bangunkan abang tahajjud esok pagi, okey…I love you…”
“Love you too, abang…”
“Love you more, sayang…” Aku mengeratkan dakapanku dan akhirnya lena bersama senyuman….
Aku tersedar apabila merasakan sesuatu yang sejuk mengenai pipiku. Hanim telah duduk bersimpuh di sisi siap memakai telekung. Rupanya dia meletakkan tisu basah untuk membangunkan aku.
“Sayang…dah solat?” Hanim mengangguk.
“Abang bangun ye. Sempat lagi ni sebelum waktu subuh masuk.”
“Sempat sangat. Jom sayang…”
“Abang jangan macam-macam tau. Cepatlah pergi solat tahajjud.”
“Iyelah solat tahajjud. Sayang ingat apa?” Merah muka isteriku...hehe…comel…
Subuh ini aku berjamaah dengan isteriku. Doaku kali ini lebih panjang, lebih syahdu. Selepas musibah berlalu datang pula salah faham. Mau aku tak bimbang andai datang lagi badai menggoncangkan bahtera kami. Bimbang kami tidak kuat menahan cobaan harus rebah istana yang baru kami bina ini.
Kugenggam tangannya erat selepas aku mengucup dahinya dan dia membalas dengan mencium tanganku, lama. Akhirnya terasa basah dengan airmata. Menangis lagi ratu hatiku ini. Haisyy…kenalah memujuk lagi…
            “Sudahlah sayang, kering nanti air mata tu. Abang dah maafkan sayang, tak marah dah…”
            “Anim rasa bersalah cakap abang macam-macam. Anim bukan isteri yang baik…Anim banyak dosa dengan abang…” Kutarik tubuhnya rapat ke dadaku. Ada satu perasaan halus yang sukar untukku katakan. Hiba, terharu, syukur, bahagia…Kukucup lagi ubun-ubunnya lama. Dengan lafaz zikir menyebut nama Allah kudakap tubuh isteriku sambil menggoyangkan badan kami kiri dan kanan. Lama kami dalam keadaan begitu sehingga dikejutkan oleh suara Elaine.
“Daddy? Mama?”
            “Sini sayang mama. Kakak sudah bangun?”
“Kakak cari mama, mama hilang,” alolo, manjanya dengan mama. Habislah daddy kalau kakak asyik berkepit dengan mama. Elaine lena semula di atas riba mamanya.
“Sayang, malam esok kita buat kenduri kesyukuran ye? Abang dah minta Ros buat nasi kerabu. Mummy pun dah offer nak tolong sediakan kuih dan dessert. Sayang okey kan?”
“Hmm….”
“Abang jemput orang masjid, jiran kiri kanan rumah kita dengan beberapa orang kawan lama. Sayang setuju?”
“Hmm…”
“Malam tu abang nak sayang jumpa dengan Alex dan Joe. Sayang tanyalah dorang apa saja yang sayang nak tau pasal ‘geng kongsi gelap’ abang tu.” Nak buat nada marah atau merajuk?
“Hah?” Hanim membulatkan matanya memandangku. “Abang, Anim kan dah minta maaf dengan abang, Anim percaya abang. Tak mau la jumpa kawan-kawan abang tu sebab Anim takut…Kalau dorang marah Anim macam mana?” Tau pun takut.
“Kan Anim cakap abang ni gangster? Anim tanya la berapa orang yang abang dah bunuh, berapa orang abang dah patahkan kaki...macam-macam lagi lah.” Aku bangun mengangkat Elaine ke katil dan baring mengiring mendakapnya. Merajuk la konon…
“Abangggg…jangan la macam ni…Anim dah minta maaf…Anim tau abang bukan gangster…abang baik, janganlah marah Anim lagi…” mendayu-dayu Hanim memujukku. Wah seronoknya kena pujuk isteri. Dia turut berbaring dan memeluk pinggangku.
“Abangggg…pandang sini la…”
Aku alihkan badan mengadapnya dengan muka yang buat-buat masam. “Pujuk abang lagi.”
“Abanggg…sayang tau, sayang banyak dosa dengan abang. Tuduh abang yang bukan-bukan. Sayang jahat, abang baik…minta maaf tau…Sayang akan buat apa saja asalkan abang tak marah sayang lagi…” Aku berhabis menahan tawa. Pandai juga rupanya dia memujuk. Alih-alih keluar bahasa diri dia sayang.
“Hmm…apa saja ye?” Aku mengusap dagu seolah memikir. Padahal sudah ada rancangan jahatku...hehe… “Cium sini.” Aku menunjuk pipi kiri. Hanim dengan patuh menurut arahanku.
“Sini lagi.” Pipi kanan pula. Hanim menjelingku sambil menarik kembali wajahku dan mencium pipi kananku.
“Sini juga.” Aku menyentuh bibir pula. Dia terkedu seketika.
“Apa saja kan?” Giatku.
“Cepat, nak abang maafkan tak?” Aku suakan bibirku sambil menariknya rapat ke tubuhku. Matanya mencerlung memandangku.
“Abang ni kan, tipu je merajuk.”
Tidak pasti siapa yang memulakan. Hampir saja kami hanyut dalam kehangatan.
“Abang, nanti Elaine nampak.”
“Tak apa, dia tidur lagi.” Aku menarik selimut menutupi tubuh kami berdua. Susah nak tolak buah hati di depan mata.
“Abang dah maafkan sayang lama dulu. Sorry tau, trick sayang macam ni. Love you so much, sayang…”
“Daddy...mama…?”
“Kakak…?” Serentak kami menjawab. Alamak!
“Opss…sorry daddy, mama. Kakak tak nampak apa-apa.  Kakak balik bilik dulu.” Elaine menutup mata sambil perlahan-lahan menuju pintu. Kami saling memandang dengan mulut terbuka!
“Heii…abang la punya pasal ni. Kan Anim dah cakap tadi…”
“Sayang la, sapa suruh goda abang?”
“Apa pulak, abang yang buat trick. Merajuk la konon.”
Hanim bangun membetulkan pakaiannya.
“Nak pergi mana?”
“Pujuk kakak.”
“La…nak pujuk apa? Dia bukan merajuk pun. Abang ni yang patut sayang pujuk tau.”
“Abang ni kan, nanti apa pulak dia cerita dengan mummy dan daddy. Malulah Anim.”
Aku menuruti langkahnya ke bilik Elaine. Dia sudah siap mandi dan sedang menyikat rambutnya. Dia tersenyum memandang kami melalui pantulan cermin.
“Daddy, pelan-pelan tau sama mama. Jangan himpit adik dalam perut mama ni.” Perlahan disentuh perut Hanim disebalik baju-T.
Erk…
“Err…sini mama ikat rambut kakak.”
“Daddy mau pergi kedailah. Pagi ni kita sarapan roti canai, okey?” Aku mendakap keduanya sebelum beredar. Aduhai…rasa kulit mukaku menebal satu inci. Malu dengan anak!
Sepanjang hari kami hanya bersantai menikmati cuti hujung minggu. Inilah masa yang kutunggu-tunggu untuk mengubati apa yang terluka, merapati apa yang renggang. Syukur isteriku telah pulih rawan hatinya. Fizikalnya saja yang masih agak lemah memandangkan dia kurang selera makan dan mengeluarkan balik hampir semua yang melalui tekaknya.
“Sayang ada teringin nak makan apa-apa tak? Kesian sayang abang ni, nanti sayang tak cukup zat, baby pun sama.” Hanim buat muka nakal. Ah sudah…
“Hmm…nanti Anim fikir”
“Jangan kata sayang nak makan daging gajah pulak. Mati abang nanti kena pijak.”
Dia hanya ketawa. “Anim tak lalu makan la abang. Apa pun tak teringin.”
Tiba-tiba dia merendahkan suaranya. “Anim nak makan abang.” Kerlingan dan senyumannya bikin mataku membulat. Ewah, boleh tahan nakal isteriku ini. Belum sempatku merangkulnya Hanim tergesa bangun sambil ketawa. Eleh nak lari konon…