Monday, 2 April 2018

Gerhana Yang Pergi

Jikalah ada kehilangan yang paling menyakitkan, tentulah perginya orang yang tersayang; ibu, bapa, pasangan… Bagi yang pernah mengalaminya, hanya anda yang tahu mana yang lebih pilu dan syahdu…Tapi perlukah terus mengadap mentari yang gerhana jika pelangi indah menanti di hujung sana…?

Usai memberi salam, Arfah menadah tangan berdoa dengan penuh kusyuk. Mencurahkan segenap pengharapan, mengadu segala keresahan kepada Allah Yang Maha Mengetahui. Ya Allah…resah benar rasa hati Arfah sekarang. Kalaulah ada seseorang yang dia boleh berkongsi rasa, malangnya dia telah tiada. Lantas dicapai frem gambar di atas meja solek, ditatap, didakap rapat ke dada.
“Abang, anak kita dirisik orang, bang. Dah dewasa Farah sekarang. Cantik, sopan, sedap mata memandang. Dia baru 21 tahun, abang. Terlalu awalkah untuk lepaskan dia?”
Ditatap kembali gambar di tangannya. Ia diambil semasa mereka sekeluarga bercuti di Kundasang. Erat benar suami memeluknya ketika itu. Sebulan selepas itu sang suami dipanggil mengadap Illahi secara mengejut. Tanpa sebarang amaran, tiada pesan Faris meninggalkan Arfah dan anak-anak. Beliau rebah di pejabat dan disahkan meninggal dalam perjalanan ke hospital.
Selepas lima tahun rasa rindu pada arwah Faris tidak pernah pudar walaupun kesedihan sudah berkurangan. Inilah takdir yang harus diterima dengan rasa redha. Arfah harus kuat demi Farah Asyera yang ketika itu berumur 16 tahun, Firhart Asyraf 12 tahun dan Fatin Amanda 8 tahun. Demi anak-anak Arfah harus bertahan walaupun sakitnya kehilangan itu hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Lamunannya terhenti bila kedengaran ketukan di pintu bilik.
“Umi, boleh kakak masuk?”
“Masuklah sayang. Kenapa tak tidur lagi? Kan esok nak balik kolej awal pagi?”
Farah memeluk manja lengan Arfah lantas melentokkan kepala ke bahu uminya.
“Dah nak jadi tunang orang pun manja tak habis-habis kakak ni. Adik pun tak macam ni.” Diusap mesra rambut Farah, dicium dalam-dalam.
“Kakak tetap anak manja umi kan? Sampai bila-bila…”
“Kalau dah kahwin pun nak bergesel dengan umi juga?”
“Mestilah...” Laju Farah menjawab.
“Iyelah tu. Jangan-jangan dah ada bantal peluk terus lupa kat umi.”
“Umiiiii…janganlah cakap macam tu. Kalau umi tak izin nanti kakak bagi tau kat Haidar jangan datang merisik kakak,” bercampur sendu suara Farah.
“Luculah kakak ni...bila masa pulak umi tak bagi izin. Umi dah bagi lampu hijau terang-terang. Bila-bila masapun dia boleh datang.”
“Betul ni, umi?”
Arfah menganggukkan kepala. Dibelai lagi rambut Farah.
“Haidar cakap bulan depan. Dia datang dengan family dia. Bawa cincin merisik dan cincin tunang. Kalau umi setuju dia nak tunang terus. Kalau umi setuju la…”
“Main kalau-kalau pulak kakak ni. Umi tak setuju nanti baru padan muka kakak,” dah macam mengugut pula si Arfah ni, padahal dalam hatinya sangat bersyukur Farah akan ada bakal teman hidup.
“Kakak sayang sangat kat umi. Apa saja keputusan umi nanti kakak akan patuh,” dicium pipi Arfah kiri dan kanan. “Tapi kan umi, Haidar ni dah tak ada mama, tinggal papa dengan adik perempuan dia je. So nanti nenek dia yang akan sarung cincin.”
“Ooo...macam tu ke? Mana-mana sajalah kakak. Jangan dia yang sarungkan cincin sendiri sudah lah.”
“Taklah umi. Dia jaga kalau pasal hukum hakam ni. Lagi satu kan umi…,” dah kenapa tersengih lain macam si Farah ni? “Papa dia handsome tau...single and available.  Umi tak berminat?”
“Ewah-ewah budak bertuahhhh...” laju Arfah mencubit peha Farah. Terkekeh-kekeh Farah ketawa sambal melarikan diri ke biliknya.
“Tengoklah tu, bang. Nakal anak kita. Ada pulak nak dijodohkan Pah dengan bakal papa mertua dia…hai...kakak...kakak.”

+Salam, awak…
-Waalaikumsalam sweetheart…
+Eww...belum masa la nak panggil sweetheart bagai.
-Panggil darling boleh?
+Haidar, awak jangan main-main ye.
-Sorry…I can’t help. Memang saya sayang awak sangat-sangat. Tak sabar nak jadi tunang awak, jadi suami awak.
+Eeee…gatal ek. Belum tau umi saya terima awak atau tak. Jangan nak berangan lebih ye.
-Farah…jangan la cakap macam tu. Gugur jantung saya ni... Boleh kan saya dan papa datang bulan depan? Please say yes, Farah…please…
+Haidar, bawa bertenang…saya tak kata pun tak boleh. Umi dah setuju awak datang merisik. Tapi bukan bermakna setuju terima tau. Mana tau umi tak berkenan dengan bakal menantu dia ni. Saya tak jamin.
-Aduh…tak lena saya tidur malam ni. Janganlah buat saya macam ni…
+Okey bye…see you next month. Assalamualaikum.
-Take care Farah…Waalaikumsalam…

Haidar menutup talian, merebahkan diri di atas katil bersama senyuman lebar di bibir sambil mengurut dada.  Farah, gadis yang berjaya menarik perhatiannya. Selama ini tak terkira ramai gadis yang menghimpit. Tetapi Haidar sedar, mereka hanya inginkan harta kekayaan dan pangkat yang terpalit bersama gelaran Datuk Harith, papanya. Bukanlah Haidar seorang penggoda, tetapi gadis-gadis seumpama sekali petik jari sepuluh yang datang. Naik rimas Haidar dibuatnya.
Tetapi Farah berbeza. Bukan Farah yang mengejar, sebaliknya Haidar yang terhegeh-hegeh mahukan Farah. Sukarnya untuk memikat Farah yang tak dapat diumpan dengan kereta sport atau makan malam di restoren mewah. Isyy…apalah kau ni Haidar. Farah bukan ikan yang harus diumpan sebegitu. Dia seumpama puteri yang ditunggu sekian lama turun dari kayangan. Tidak terkira gembiranya Haidar apabila Farah sudi menyambut salam perkenalan. Itupun melalui adiknya Helena. Helena dengan sikapnya yang suka bermanja menarik hati Farah.
“Dah kenapa senyum sorang-sorang?”
“Eh...papa…tak sedar papa masuk,” Haidar tersengih malu.
“Nak sedar apa kalau dah angau. Papa ketuk pintu pun dia tak dengar. Apa cerita pasal Farah?”
Datuk Harith adalah orang yang paling gembira dengan keputusan Haidar memilih Farah. Dia sendiri amat berkenan dengan gadis itu. Bukan seperti kebanyakan gadis yang tergedik-gedik ingin memikat Haidar.  Berpakaian tak cukup kain, bercakap meliuk lintuk minta perhatian. Nampak benar plastik!
Farah berbeza, dia bersopan santun, menutup aurat dengan sempurna dan pandai menghormati orang tua. Di kolej Farah memang terkenal sebagai pelajar yang sentiasa cemerlang dari segi akademik dah sahsiah. Mana la Haidar tidak terpikat.  Datuk Harith percaya Farah telah dididik dengan sangat sempurna oleh ibunya.
Dia tahu latar belakang Farah. Siapa ibu, adik beradik dan keluarga terdekat Farah. Siapa nama ibu Farah tu? Arfah…ya…Arfah. Tanpa pengetahuan Haidar, Datuk Harith bercadang membuat satu kejutan semasa merisik Farah nanti. Very pleasant surprise
“Papa pulak yang senyum sendiri ni, kenapa?”
“Haha…Papa tak sabar la nak terima menantu…Jadi ye bulan depan merisik Farah. Papa bagi tau tokma. Dia akan ikut kita nanti,” lantas Datuk Harith berlalu.
‘Lain macam pulak papa ni. Dia pulak yang terlebih happy. Siapa yang nak bertunang ni, aku ke papa?’

Hari yang ditunggu…
Ketibaan rombongan merisik disambut Arfah dengan perasaan terkejut. Wah…kereta mewah berderet seolah rombongan pengantin. Siapa sebenarnya keluarga bakal besan aku ni? Semua dipersilakan masuk oleh Pak Long Amran dan Mak Ngah Azmah, abang dan kakak Arfah.
“Wah, orang ada-ada bakal besan kamu ni, Pah,” Mak Ngah Azmah berbisik di telinga Arfah.
“Pah tak tau, kak ngah. Farah tak pernah cerita.”
Setelah semua dijemput masuk, Datuk Harith memulakan bicara.
“Assalamualaikum…saya ni nak berpantun tak pandai. Saya terus pada tujuan kami datang ni ye...”
Datuk Harith memperkenalkan dirinya, tokma, Haidar dan Helena kepada Arfah. Ini adalah kali pertama Arfah berjumpa Datuk Harith. Rasa debaran seolah dia pula yang dirisik. Kau tunggu Arfah…
‘Oh...berpangkat rupanya keluarga ni… Datuk, puan sri bagai…’ Arfah sudah tidak tahu bagai mana harus bereaksi. Kalaulah dia tahu bakal besan bergelar Datuk, mungkin dia akan menolak dari awal. Tapi Farah…?
“Macam mana Puan Arfah, diterima ke kedatangan kami?” Tokma membuka pertanyaan.
“Panggil saya Arfah saja, Puan Sri,”
“Kalau macam tu, panggil saya mama, Arfah. Kita akan jadi satu keluarga. Tak perlu gelaran tu semua.”
Bulat mata Arfah mendengar kata-kata Puan Sri Zaiton.
 ‘Aku belum setuju terima lagi, sudah kata satu keluarga?’ 
Belum sempat reda perasaan gemuruh, Puan Seri menghulurkan lagi sebentuk cincin. Perlahan-lahan disorong di depan Arfah.
“Ini hajat kedua mama, nak meminang Arfah untuk Harith…”
Mama…?
Meminang…?
Harith…?
Gelap.
Terasa tangan-tangan lembut melata di seluruh tubuh Arfah. Perlahan dia membuka mata. Farah memicit lembut di hujung kepala, Firhart di hujung kaki, Fatin memeluk lengan kanan. Siapa pula di kiri ni? Helena?
“Umi…Ya Allah…syukur umi dah sedar…”
Teresak-esak Farah dan Fatin memeluk Arfah.
“Dah la tu…jangan menangis. Umi kamu dah sedar pun,” Mak Ngah Azmah mengipas muka Arfah perlahan-lahan.
“Umi di mana ni?”
“Di bilik umi ni. Umi pengsan tadi. Umi tak ingat ye…” Farah mengusap lembut rambut Arfah.
“Siapa angkat umi, sayang?”
“Err…err…”
“Harith yang angkat. Laju je dia cempung kamu tadi. Ingat nak hantar ke hospital. Kak ngah kata tak payah. Terus diangkat masuk bilik.”
Hah! Rasa nak pengsan kali kedua!
“Maaf, umi, abang ngah tak sempat sambut umi. Uncle dah angkat,” sayu je Firhart. Takut la tu kena marah.
Uncle? Sejak bila Datuk Harith jadi uncle dia? Dah berkomplot ke apa?
“Tetamu semua dah balik ke, kak ngah?”
“Belum. Dia orang tunggu kamu sedar. Tu Helena dok ada tu. Dia pun menangis tengok kamu pengsan. Isyy…kamu ni pun. Baru kena pinang dah pengsan.”
“Mah ngah, jangan la marah, kang umi pengsan balik, Ena sedih tau. Umi, nak peluk boleh?”
‘Aku baru pengsan sekejap, macam-macam dah jadi. Sejak bila Helena panggil mak ngah, panggil umi?’
“Sini, sayang,” Arfah mendepangkan tangan ke arah Helena. Laju Helena masuk ke dalam dakapan Arfah. Oh…sebelah kanan sudah memeluk Fatin. Rasa macam ada anak kembar, sebaya saja si Fatin dengan Helena.
“Dah sedar Arfah?” Tiba-tiba Puan Sri menjenguk.
“Puan Sri…”
“Mama ni, Arfah.”
Terkedu.
“Sana keluar kamu budak-budak, tinggalkan tokma dengan umi,” Mak ngah Azmah dah keluarkan arahan. 
“Baik, mak ngah.”
Masing-masing mengucup dahi dan pipi Arfah. Haissyy…macam nak berpisah jauh saja lagaknya.
“Arfah, mama nak minta maaf sebab buat kejutan macam ni. Tak sangka Arfah boleh pengsan. Ni Harith punya plan la ni. Mama ikut saja.”
“Saya yang patut minta maaf, Puan Sri. Maaf, saya rasa janggal nak panggil mama sebab belum tentu ni semua akan terjadi…”
“Apa yang tak jadi?”
Aduh…boleh sakit jantung kalau begini. Baru sedar sudah kena sergah. Dah la jenguk tak bagi salam.
“Err…Datuk…”
“Arfah, saya pun nak minta maaf. Saya tau awak terkejut. Awak ambillah masa untuk berfikir dengan tenang. Saya harap akan dapat jawapan yang positif nanti ye…”
“Saya dah terima, Datuk…”
“Alhamdulillah…terima kasih, Arfah sebab sudi terima saya…” berseri-seri wajah Datuk Harith.
“Datuk, saya belum habis cakap. Saya terima Haidar jadi menantu saya.”
“Ohhh....” Sayu bunyi keluhan Datuk Harith. Kecewa…
“Arfah, fikir dulu sebelum kata apa-apa, ye sayang…Tak baik menolak pada yang berharap.” Lembut Puan Sri mengusap bahu Arfah. Walau kali pertama bersemuka, hatinya sudah jatuh sayang. Arfah tak seperti…siapa tu? Oh si Mona yang tidak habis-habis cuba menggoda Harith. Dengan gaya ala-ala model memang tak ada harapan nak menjaga cucu-cucunya.
“Puan Sri, saya janji akan fikir baik-baik. Ini kan cuma merisik. Beri saya masa ye…”
“Baiklah, Arfah. Kami balik dulu. Saya tak berhak memaksa, cuma saya sangat berharap awak tak akan hampakan saya, mama, Haidar dan Ena. Kami hanya ingin menumpang kasih. Terutama Ena. Awak nampak kan betapa dia sangat sayangkan awak? Tengok saja nanti, dia pasti tak mau balik.” Manis senyuman Datuk Harith.
Eleh…pancing guna Ena pulak.
“Papa, boleh tak Ena stay sini dengan umi?” Helena memeluk erat lengan Arfah seakan tak rela berpisah.
Datuk Harith memandang Arfah seolah berkata ‘kan saya dah cakap’.
“Kan Ena kena pergi sekolah? Tunggu hujung minggu depan kita datang sini lagi. Boleh kan, umi?” Eh…suka hati je panggil orang umi. Arfah membalas kenyitan Datuk Harith dengan membulatkan matanya.
 “Mestilah boleh. Fatin pun suka kawan dengan Ena,” Fatin menjawab bagi pihak uminya.
“Yeyy…kita jumpa lagi ye Fatin. Umi, Fatin balik dulu. Sayang umi tau…”
“Bang ngah jaga umi baik-baik ye…” pesan Datuk Harith sambil menepuk bahu Firhart perlahan.
“InsyaAllah, uncle. Don’t worry, I will.” 
Anak-anak tersenyum bahagia sambil saling berpelukan. Arfah hanya memerhati sambil mengeluh di dalam hati. Datuk Harith melebarkan senyuman sebelum melangkah pulang bersama keluarganya.  Nampaknya anak-anak sudah membuat keputusan mereka.
“Umi, adik suka la dengan uncle. Dia baik kan?
“Hmm…”
“Terima sajalah Harith tu, Pah. Kak ngah tengok baik orangnya. Mana lagi nak cari orang yang kaya, baik budi bahasa. Kalau kau tak nak, bagi kat kak ngah je.” Ewah…selamba saja Mak ngah Azmah ni.
“Amboi…saya ni awak nak campak kat mana?” dari jauh pak ngah Said dah menyampuk. Apalagi, berderai ketawa semua orang.
“Ala..gurau saja la. Abis tu si Pah ni susah sangat nak buka hati dia.”
“Iyalah, Pah. Kau terima sajalah Harith sekali kau terima Haidar. Pakej terus. By one free two.” Pak ngah mula bergurau.
“Abang baru jumpa dia sekali, dah kata baik. Jangan-jangan penipu.”
“Haa…di sana lah kau silap, Pah. Abang dah dua kali jumpa si Harith tu. Siap dia belanja makan lagi tau.”
“Wah…ni dah kira bersubahat ke apa? Kenapa Pah tak tau? Ka ngah pun subahat sama?”
“Isy, kak ngah tak tau apa-apa la…tapi abang ada cerita jumpa bakal adik ipar. Kak ngah tak tau pulak dia si Harith.”
“Dia saja nak tau pasal kau, Pah. Aku cerita la apa yang dia nak tau. Kira macam program tv tu, kau tanya aku jawab. Ha…macam tu la…”
“Isy…abang ni ada-ada saja. Nantilah, kak ngah, abang. Pah fikir.”
Malamnya ketika Arfah bersiap untuk tidur, perlahan-lahan Firhart mengetuk pintu bilik.
“Umi, boleh bang ngah masuk?”
Arfah hanya mengangguk sambil tersenyum. Firhart mencapai tangan Arfah, mengucup lama sebelum kedengaran esakan halus. Eh dah kenapa dengan anak terunaku ni?
“Kenapa ni bang ngah? Dah lama tak menangis depan umi, tiba-tiba je…bang ngah sakit?”
“Maafkan bang ngah, umi. Tadi masa umi pengsan bang ngah memang tak sempat nak sambut umi. Bang ngah tenguk je uncle angkat umi. Bang ngah tak jaga umi...” semakin deras esakan Firhart.
“Ya Allah...umi tak marah pun bang ngah. Umi tau bang ngah tak sengaja. Selama ni memang bang ngah jaga umi, jaga kakak, jaga adik dengan baik sangat.” Arfah mengusap rambut dengan penuh kasih.
Kasihan anak ini, terpaksa menjadi dewasa sebelum masanya. Selepas Faris meninggalkan mereka, Firhart cuba untuk menjadi pelindung pada Arfah, Farah dan Fatin. Sebagai satu-satunya lelaki dalam keluarga, dia sedaya upaya melakukan apa yang patut. Tapi apalah sangat kudratnya.
“Bang ngah tak mampu umi, nak jaga umi, kakak, adik.”
“Bang ngah jangan cakap macam tu. Bang ngah dah bagus sangat jaga kami semua. Umi bangga sangat.”
“Umi terimalah uncle jadi papa kami, ye umi. Dia boleh jaga kita semua.”
Ooo…air mata perangkaplah ni?
“Umi…eh kenapa bang ngah menangis ni? Eee…tak malu, peluk umi lagi.” Tiba-tiba terjongol Fatin diikuti Farah di belakangnya.
“Adik diamlah, menyibuk je. Biarlah bang ngah nak peluk umi pun.”
“Sudah-sudah…jangan bergaduh. Sini semua umi peluk.”
Dengan Farah di kanan, Firhart di kiri dan Fatin yang bersimpuh di depan Arfah merasa dirinya sudah lengkap dengan kasih sayang. Perlukah lagi kasih dari insan lain yang bergelar suami? Dia bimbang anak-anak akan terabai sekiranya dia mula mengasihi Datuk Harith sedangkan selama ini merekalah yang menjadi tonggak kekuatan hidupnya.
“Umi, adik rindulah dengan papa Harith…tak sabar nak tunggu hujung minggu ni dia datang dengan Ena”
Terangkat kening Arfah. Wah…
“Eh adik ni, tadi panggil uncle sekarang dah upgrade jadi papa pula?” usik Farah.
“Biarlah adik suka panggil papa. Ena boleh pun panggil umi, kan umi?” Fatin dengan gaya manjanya merebahkan kepala di ribaan Arfah lantas disambut Arfah dengan kucupan di ubun-ubun anaknya.
Arfah sedar sebanyak mana kasihnya dicurahkan, dia hanya seorang ibu. Anak-anak tetap perlukan sentuhan seorang lelaki yang bernama ayah. Hatinya makin serba salah.
“Sudahlah, pergi tidur ye. Dah lewat ni. Esok bangun awal tolong umi di dapur.”
“Baik, umi.” Arfah memeluk dan mencium seorang demi seorang anak-anaknya dan memandang dengan perasaan yang bercampur baur. Perlukah dia menerima orang baru dalam hidupnya demi anak-anak? Bagaimana dengan perasaannya sendiri?

“Assalamualaikum…good morning my pretty umi…” Fatin memeluk Arfah, mencium pipi kiri dan kanan. “Umi masak apa? Wangi betul bau sampai adik terbangun tidur.”
“Waalaikumsalam sayang umi ni…mana kakak dengan bang ngah?”
“Ada tu, baru siap solat subuh. Umi, handphone umi mana? Nak pinjam panggil handphone adik. Entah letak di mana.”
“Ada tu dalam bilik umi. Lepas ni cepat turun ye, kita sarapan sama-sama.”
“Baiklah my queen…hehe…” Arfah turut ketawa dengan gelagat Fatin. Sudah remaja tapi masih suka bermanja dan berperangai kebudak-budakan. Mentang-mentanglah anak bongsu.
Selesai bersarapan mereka sekeluarga hanya duduk santai bersama sambil membaca, bercerita atau menonton tv. Sejak Farah memasuki kolej mereka sukar berkumpul kecuali seperti sekarang ketika Farah bercuti.  Tiba-tiba handphone Arfah berbunyi.
In coming call… Bakal suami
Berkerut kening Arfah. Bakal suami? Sejak bila? Ooo…ni mesti kerja…
“Ampun umi, adik tak bersalah…papa Harith yang suruh,” terkekek-kekek Fatin sambal melarikan diri dari cubitan uminya.
“Assalamualaikum, how is my sweetheart?”
“Waalaikumsalam…dia okey.”
“Dia? Siapa dia?”
“Fatinlah.  Datuk tanya Fatin, kan?”
“Ya Allah…awak ni…saya tanya awaklah...”
‘Amboi boleh tahan gatal orang tua ni nak bersweetheart bagai…’
“Datuk apahal telefon?”
“Saja, nak tanya khabar family saya di sana. Awak dah okey? Tak rasa nak pitam ke apa?”
‘Family saya mai tang mana? Suka hati cakap family dia.’
“Alhamdulillah, kami semua sihat, Datuk. Tak perlulah risau.”
“Haruslah saya risau, Arfah. Saya menyebabkan awak pengsan, buat kecoh dalam majlis hari tu. Saya rasa bersalah.”
‘Tau tak apa. Lain kali bawalah berbincang dulu. Ni main terjah terus hulur cincin. Mau tak pengsan!’
“Tak apalah Arfah. Awak macam tak sudi bercakap dengan saya. Kirim salam kat anak-anak kita ye. Tunggu papa datang hujung minggu ni.” Datuk Harith menatap skrin handphone sambil tersenyum. Gambar yang dihantar Farah ketika Arfah tunduk mengucup Fatin bersama hashtag wish you here. Dikucup skrin dan dibawa ke dada. Hai…dah macam orang tak betul…
“Waalaikumsalam, papa…” Hehehe…ketawa anak-anak kedengaran di belakang Arfah.
Arfah hanya menggelengkan kepala. Sejak bila agaknya budak-budak ni pasang telinga. Bertuah betul. Kalau pasal papa Harith masing-masing alert semacam.
Yess…papa Harith datang. Umi, boleh tak kita ajak papa Harith jalan-jalan? Macam dulu ayah selalu drive bawa kita bercuti.” Dah mula la Fatin dengan gaya manja bergesel-gesel dengan umi mahu memujuk.
“Adik, dia belum jadi papa kita lagi. Tunggulah sampai umi kata jadi, barulah boleh.” Pandai Firhart menjawab sambal memandang uminya.
Dia sudah agak matang untuk memahami perasaan umi. Umi masih sayang dengan arwah ayah. Gambar ayah masih umi simpan di dalam purse, di atas meja solek. Pakaian ayah masih tergantung kemas di dalam almari. Walaupun ayah tidak berpangkat, tidak kaya dan banyak harta tetapi umi nampak sangat bahagia di samping ayah. Sesekali dia tidak akan memaksa umi menerima Datuk Harith walaupun Firhart mengaku dia senang dan mengalu-alukan Datuk Harith dalam keluarganya.
Apa yang mereka tidak jangka, Datuk Harith datang lebih awal ke rumah mereka, sebelum hujung minggu lagi…
Esok paginya seperti biasa Arfah bersiap ke sekolah tempat dia mengajar. Firhart pergi sendiri menunggang motorsikal, Fatin juga bersiap menunggu bas sekolah. Hanya Farah yang masih bercuti menjadi ‘bibik sementara’ di rumah. Memang rutinnya begitu, cuma hari ini sesuatu yang tidak di sangka akan berlaku…
“Kak Pah tak balik lagi? Dah lewat ni,” Izzati menyapa dari meja sebelah. Dia sudah bersedia untuk pulang.
“Nak balik la ni Zati, satu buku lagi ni hah,” balas Arfah sambal laju tangannya menyelesaikan kerjanya.
“Jangan kerja keras sangat kak, jaga kesihatan untuk cik abang tu. Sakit nanti tak sempat naik pelamin,” tersengih Izzati mengusik.
“Tak ada maknanya Zati, yang nak kahwin bukan kak, anak kak.”
“Ala, kak Pah jangan nak sorok la…semua orang dah tau, kak Pah bakal jadi Datin Arfah. Wah, tak sabar nak tengok kak Pah naik pelamin.”
‘Aduh…aku belum terima pun lamaran tu, sudah jadi cerita satu sekolah’.
Arfah, bukan satu sekolah saja, satu Malaysia dah tahu. Kau tunggu sekejap lagi…
Sebaik kereta Arfah keluar meninggalkan kawasan sekolah, tiba-tiba…
Di pejabat Datuk Harith menerima satu panggilan.
“Uncle, kereta umi kena langgar.” Tanpa sempat memberi salam, suara Firhart menerjah pendengaran Datuk Harith. 
“Hah?” Terasa berhenti jantung berdegup. 
Umi diserang.
Umi ditampar.
Umi dicaci maki.
Siapa yang berani meletak tangan ke atas tubuh Arfah? Memang cari pasal. Ini tentu angkara...Datuk Harith mengepal tangannya. Merah padam mukanya menahan marah!
“Nora, saya half day hari ni. Rearrange all my appointments, okey. Got some urgent,” laung Datuk Harith kepada PAnya. Tergesa beliau menghubungi Pak Samad, driver yang setia untuk membawanya menemui kekasih hatinya. Hmm…kekasih? Setakat ini seolah dia hanya bertepuk sebelah tangan.
“Pak Samad, laju sikit boleh tak?” kalaulah ada kepak haruslah dia terbang tanpa perlu melalui traffic jem segala.
“Sabar Datuk. InsyAllah dia tak apa-apa.” Pak Samad bahkan seluruh kaki tangan tahu kewujudan ‘bakal Datin’ ini. Tentunya dia seorang yang cukup istimewa sehingga berjaya menambat hati bos mereka.
Walaupun mereka tidak pernah bertemu dengan Arfah, semua mendoakan Datuk Harith akan bertemu jodoh dengannya. Bukan apa, setakat ini semua perempuan yang mengejar Datuk Harith semua jenis ‘propa’, lebih sudu dari kuah, pisau cukur dan macam-macam perangai yang menyakitkan hati. Belum tentu-tentu Datuk Harith terima, sudah dicanang satu pejabat. Terutama si rambut perang. Hisyy…bikin seram kalau macam tu punya perangai isteri baru bos.
Datuk Harith sampai di muka pintu disambut Firhart. Seketika dipeluk anak muda itu erat.
“Mana umi? Dia okey tak?”
“Ada di dalam. Papa masuklah.” Tanpa sedar bertukar sudah panggilan uncle menjadi papa.
Arfah melentukkan kepala di bahu Farah sambil mengesat airmata yang tak berhenti mengalir. Farah setia memeluk bahu uminya dengan penuh kasih. Fatin seperti biasa menempatkan dirinya bersimpuh di kaki umi.
“Arfah, awak okey? Sa…saya minta maaf…saya tak sangka dia akan buat awak macam ni. Saya tak tau pun dari mana dia tau semua pasal awak…”
“Papa, perempuan tu jahat. Dia pukul umi.”
“Ya sayang, papa tahu. Nanti papa pukul dia balik, okey.” Tersenyum Farah mendengar Datuk Harith memujuk adiknya.
“Pah, saya tak ada apa-apa dengan dia. Apa yang dia cakap awak tak perlu dengar. Saya hanya mahukan awak, Pah. Saya sayangkan awak…tolonglah percaya…” hilang terus rasa malu Datuk Harith membuat pengakuan berani mati di depan Arfah dan anak-anak.
Arfah hanya mendiamkan diri sambil menahan tangis.
“Izinkan saya jaga awak dan anak-anak, Pah…”
I am sorry, dear…so sorry...”
“Pah, please say something…”
Terhinggut-hinggut bahu Arfah menahan esak. Sekali dia bersuara pasti tangisnya akan meledak. Bukan jasadnya yang terluka, tapi hatinya yang parah. Bertahun dia hidup sebagai balu bersama anak-anak, baru hari ini dia menerima tamparan paling hebat. Berhati-hati sungguh dia menjaga nama baiknya dan arwah suami, dalam masa sesaat semuanya hancur lebur. Biar dikata miskin melarat dia rela. Dituduh perampas?  Oh…sungguh melampau.
Datuk Harith hampir melutut setelah sekian lama Arfah hanya membisu. Tidak berdaya dia menatap wajah sayu Arfah yang menangis dikelilingi anak-anaknya. Mahu saja dia mendakap tubuh lemah Arfah untuk memberi kekuatan dan perlindungan kepada wanita kesayangannya itu tetapi haruslah dia menerima sepak terajang dari Arfah!
“Arfah, saya tak tau lagi nak cakap apa. Kalau memang kehadiran saya dalam hidup awak dan anak-anak hanya membawa masalah, biarlah saya mengundur diri…”
“Papa! Jangan…” Tanpa segan silu Fatin memeluk kaki Datuk Harith. Hampir terjatuh dia kalaulah Firhart tidak memegangnya.
Datuk Harith menunduk, mengusap rambut Fatin. “Papa pulang dulu ye Fatin, papa janji hujung minggu papa hantar Ena ke sini, okey?”
Papa hantar Ena. Papa datang dengan Ena. Lain kedengaran kata-kata itu di telinga Arfah. Tetapi dia tidak mampu untuk mentafsir buat masa ini. Fikirannya masih berkecamuk antara rasa sedih, marah, terhina semua bersatu dalam kepalanya.
Datuk Harith keluar dihantar pandangan mata Arfah. Sekali lgi tubuh Firhart didakap erat Datuk Harith sambal berbisik perlahan.
“Bang ngah jaga umi baik-baik, maafkan papa tak dapat jaga umi buat masa ni. Pastikan umi makan dan jaga kesihatan dia.”
Hampir menitis air mata Firhart. Dia dapat melihat kesungguhan Datuk Harith terhadap uminya.  Apa yang mampu dia buat hanyalah berdoa agar umi dapat menerima insan yang sudah mendapat tempat di dalam hati mereka adik beradik.
“InsyaAllah, papa. Terima kasih ambil berat pasal kami. Apa-apa hal nanti bang ngah update dengan papa.”
Firhart tunduk mengucup tangan Datuk Harith seiring doa agar insan ini benar-benar akan menjadi papa mereka yang sah. Amin, Ya Allah…
Sebaik saja melabuhkan diri di dalam kereta segera Datuk Harith menghubungi seseorang.
“Hello, Mona. Apa kau dah buat dengan Arfah?”
“Kenapa ni sayang? Tiba-tiba nak marah I?”
Amboi dah buat salah nak buat gaya gedik lagi.
“Hey, siapa sayang kau ni? Perempuan tak tau malu!”
“So, betul la you ada affair dengan cikgu kampong tu? You nak kawin dengan dia? How could you, Harith!”
“Ya, memang aku nak kawin dengan dia, hanya dia, Mona.”
“Jadi betullah dia kata dia terima you, dia akan kawin dengan you? You tau kan I sayangkan you, cintakan you.”
“Macamlah aku tak tau kau cuma sayangkan duit ringgit aku. Kau tak pernah sayangkan anak-anak aku! Kau dengar sini baik-baik, Mona. Kali ni aku maafkan kau. Sekali lagi kau cuba ganggu dia atau anak-anak dia, siaplah kau!”
“Harith!”
Datuk Harith merengus sambil menghempas handphone.
“Bawa bertenang, Datuk. Istighfar banyak-banyak. Kalau Datuk marah-marah pun masalah tak selesai. Sekarang cuba fikir jalan untuk pujuk Cikgu Arfah terima Datuk.”
“Entahlah, Pak Samad. Susah payah saya dekati Arfah, datang pula si Mona bikin kacau. Saya buntu sangat sekarang ni.”
“Berdoa banyak-banyak, Datuk. Buatlah solat hajat. Mohon pada Allah supaya terbuka hati dia untuk terima Datuk. Kan Allah yang memegang hati manusia.”
Nasihat Pak Samad terus masuk ke hati Datuk Harith. Ya Allah…betapa dia agak lalai seketika. Allah kan sentiasa ada mendengar permintaan hamba-hambaNya.
Beberapa hari selepas itu adalah tempoh yang paling meresahkan bagi Datuk Harith. Masihkah Arfah sudi menerimanya? Hanya melalui Farah dan Firhart dia mendapat maklum keadaan Arfah yang semakin pulih. Sekarang Firhart yang akan memandu ke sekolah kerana Arfah agak trauma keseorangan. Firhart juga telah meminta bantuan cikgu Izzati untuk menemani uminya semasa di sekolah.
Terlalu besar harapan Datuk Harith untuk memiliki dan menyayangi Arfah, melindungi dan mengasihi wanita itu. Tidak putus doanya kepada Allah agar membuka hati Arfah menerimanya.
Seperti yang dijanjikan, pada hujung minggu Datuk Harith memandu ke rumah Arfah bersama-sama Haidar dan Helena. Sampai di sana, tanpa bertangguh Helena meluru mendapatkan Arfah. Dicium tangan Arfah, dibelek kedua pipi Arfah.
“Umi apa khabar? Umi Okey? Umi sakit ye perempuan tu tampar umi? Heee…geram betul Ena, nanti Ena tampar dia balik!”
Lucu juga Arfah memerhati gelagat Helena.
“Umi okey la, sayang… Haidar apa khabar? Berdua saja? Papa tak ikut sama?”
“Err…papa ada dalam kereta, dia takut umi marah…”
Eh, pandai pula takut?
“Tak apalah, pergi masuk dalam. Farah dah sediakan air tu. Biar umi jemput papa masuk.”
Dari jauh Datuk Harith sudah tersenyum di dalam hati melihat Arfah melangkah ke arahnya. Kali ini biar dia yang merajuk. Ingin benar dipujuk Arfah. Dia menunggu dengan riak sedih di wajahnya. Hmm....mengada-ngada juga orang tua ni…
“Datuk, saya lupa nak hampar carpet merah tadi. Tak sudi ke pijak rumput rumah saya?”
Alahai…ingatkan nak merajuk, sekali makan sindir.
“Pah tak marah saya lagi?”
“Saya tak marah. Bukan salah Datuk pun. Buruk muka orang tua merajuk ni.”
Berbunga hati Datuk Harith mendengar usikan Arfah.
Meriah sungguh suasana di rumah Arfah. Penuh dengan gelak ketawa dan usik mengusik seolah sebuah keluarga yang bahagia. Inilah yang amat didambakan oleh Datuk Harith. Very soon, Datuk…
Anak-anak seolah mengerti, memberi ruang pada kedua orang tua mereka duduk berdua di ruang santai.
“Pah, saya janji tak akan memaksa tapi hati saya tak sabar menanti jawapan…Awak tak kesian kat saya, Pah?”
Arfah mengangkat wajah seketika, tak tahan dengan renungan mengharap Datuk Harith, dia menundukkan pandangan.
“Boleh saya tanya Datuk soalan? Saya nak tau pasal beberapa perkara.”
“Apa saja, sayang…”
“Datuk…”
Sorry…I couldn’t help…”
“Kenapa selepas bertahun-tahun baru sekarang Datuk terfikir mau berumahtngga semula?”
Eight years precisely. Sejak usia Ena 5 tahun. Kenapa? Sebab selama ini tidak pernah saya rasa debaran memandang wajah sesiapa seperti saya rasa sekarang. Pah nak rasa? Pegang sini.”
Datuk Harith menyentuh dadanya.
Isyy…Datuk ni dah kenapa suruh pegang-pegang… Memerah sudah wajah Arfah. Tenang Arfah, tenang…
“Soalan kedua, kenapa saya?”
“Kenapa bukan Pah?”
Eh, dia tanya kita balik?
“Iyelah, saya kan cuma cikgu kampong, tak cantik, kolot, tak pandai bergaya, muka dah berkedut, saya…”
“Arfah, kan abang dah cakap tak perlu dengar kata-kata minah rambut perang tu. Kenapa Pah nak ulang balik cakap dia?”
Naik tone suara Datuk Harith. Kecut perut Arfah. Dia tertunduk sambil meramas jemarinya. Ha…tau kau takut, Pah…
“Sorry…abang tak maksud nak marah Pah. Kenapa abang pilih Pah? Sebab Pah ada semua ciri-ciri yang abang cari untuk jadi pendamping abang dan ibu pada anak-anak abang. Abang tak perlu yang cantik seksi tapi tak sayangkan Haidar dan Ena. Abang tak mahu yang muda remaja tapi tak pandai jaga maruah diri sendiri dan maruah abang.
Abang dah letih dikejar perempuan macam tu. Abang nak hidup dengan tenang mulai sekarang. Bagilah abang peluang, Pah. Abang tak janjikan bulan bintang, abang cuma nak tumpang bahagia Pah dan anak-anak…”
Datuk Harith mengambil peluang menatap wajah kesayangan di depannya yang masih menunduk gelisah.
“Kenapa Pah tak boleh terima abang? Abang tak cukup baik untuk Pah dan anak-anak?”
“Takkk…bukan macam tu… Pah takut nanti kalau kita kahwin Pah akan malukan abang. Pah tak pandai nak bawa diri dalam majlis. Pah tak biasa...Betul macam si rambut perang tu cakap. Pah orang kampong, abang. Kita tak setaraf…”
Senyuman Dato Harith semakin lebar.
“Apa Pah cakap tadi? Tolong ulang balik, abang tak dengar.”
“Pah cakap, nanti Pah akan malukan ab…” tiba-tiba Arfah menutup mulut, matanya terbuka luas.
“Err...maaf saya nak pergi tandas, sakit perut.”
Terbahak-bahak Datuk Harith ketawa tanpa dapat ditahan. Arfah, kau comel betul bila blushing
“Papa, kenapa?”
Children, I think it’s about time.”
“Alhamdulillah…”
Yess…at last!”
Masing-masing tidak dapat menutup riak teruja dengan perkembangan terbaru ini. Akhirnya saat yang ditunggu telah tiba.
“Semua sudah tahu tugas masing-masing kan? Kita bergerak sekarang”.
“Okey, papa.” Serentak mereka menjawab.
Farah dan Fatin segera masuk ke dalam mencari Arfah. Firhart tangkas memegang kamera video.
Haidar menghubungi seseorang melalui video call. “Assalamualaikum, tokma…”
Helena memeluk lengan kiri Datuk Harith sementara tangan kanannya menggenggam erat sesuatu di dalam poketnya.
Arfah masih di dapur meneguk air kosong. Dia mengusap dada perlahan-lahan.
‘Macam mana aku boleh terbabas panggil dia abang? Sebut diri sendiri Pah? Aduh…malunya…’
Kalau kau nak tahu, itulah yang dipanggil bahasa hati, Cik Pah oii... Rasa hati yang kau cuba sorok, yang kau cuba nafikan tu akhirnya meledak sendiri.
“Umi, bang ngah bawa papa Harith ni, dia nak cakap sesuatu.”
Arfah tersentak. Wajahnya kembali memerah. Ini rombongan Cik Kiah melawat dapur ke apa? Farah dan Fatin berdiri di kiri kanan Arfah.
Datuk Harith mula melutut. “Arfah, sudi tak awak jadi teman hidup saya? Ikhlas menerima saya dan anak-anak seadanya?”
“Datuk, bangunlah. Jangan melutut begini, bangunlah Datuk, saya malu…”
“Tidak selagi Pah tak terima abang.”
Dari hujung sana, “Arfah, terimalah anak mama ni, sayang…”
“Sa…saya terima, mama…”
“Alhamdulillah…” semua meraup wajah tanda bersyukur. Datuk Harith lantas berdiri menyerahkan cincin kepada Helena.
“Arfah, mama wakilkan Ena ye sayang. Maaf mama tak ada di sana untuk sarungkan cincin kepada bakal menantu mama ni…”
Antara tangis terharu dan tawa gembira, Datuk Harith lebih memilih untuk bersujud syukur.  Alhamdulillah…kubersyukur padaMu Ya Allah…Penantianku selama ini telah terjawab.
Mahu saja dia memeluk sama Arfah yang dikerumuni anak-anak.
‘’Haippp…papa, no no no…kita berdua tak boleh join dia orang.” Gurauan Haidar disambut tawa semua.
“Bila nak langsung ni, Harith, Pah?”
“Secepat mungkin, ma”
“Amboi Harith, malu la sikit dengan anak-anak. Gelojoh betul.” Sekali lagi berderai tawa mereka. Hanya Arfah yang serba tak kena mahu senyum atau apa.
Tokma menutup perbualan dengan pesanan agar perbincangan dibuat sewajarnya untuk mendapat keputusan terbaik.
Majlis pernikahan antara Datuk Harith dan Arfah diadakan di rumah Arfah sebulan selepas lamaran diterima. Mengapa begitu cepat? Mengapa tidak diadakan sama dengan majlis pernikahan Haidar dan Farah 6 bulan dari sekarang? Alasan Datuk Harith mudah sahaja, supaya mereka berdua dapat menyambut menantu bersama-sama. Majlis resepsi nanti akan diadakan ‘menumpang’ majlis resepsi anak menantu mereka. Arfah yang enggan mengadakan sebarang majlis khas untuk mereka. Pengantin tua katanya…
Arfah melangkah masuk ke kamar peraduan mereka ketika jarum jam sudah menginjak 11 malam. Kalaulah boleh lagi lewat lagi baik. Sehingga tokma menutup lampu dapur memaksa Arfah berhenti melakukan kerja mengemas.
Aduh…Arfah menyentuh perutnya. Banyaknya kupu-kupu sedang berterbangan ni…
“Assalamualaikum, abang tak tidur lagi?”
“Hmmmm…”
Datuk Harith tidak menjawab disebalik akhbar yang diangkat tinggi menutup wajahnya. Iye ke sedang membaca, Datuk?
“Abang long dan kak long dah balik?”
“Sudah, bang.”
“Abang ngah dan kak ngah?”
“Pun sudah.”
“Mak Bedah jiran sebelah?”
“Hah?”
Apesal pelik soalan dia ni?
“Abang tanya, Mak Bedah dah balik ke belum? Tu Kak Siti jiran depan tu? Dah sampai rumah dia ke belum?”
Alolo…suamiku merajuk...Comelnya…Nak tengok sampai mana dia tahan nak merajuk.
Perlahan-lahan Arfah membuka tudung dan mengirai rambut ke kiri dan kanan. Rambut separas dada disikat penuh gemalai.  Ditanggalkan cardigan yang menyalut tubuhnya meninggalkan maxi tanpa lengan, mendedahkan lengannya yang putih dan gebu. Diambil losyen dan dioles ke tubuhnya.
Dia ni kan…memang cari pasal…
“Arg…abang!”
“Shh...”
Entah bila Datuk Harith bergerak menghampiri isterinya, tau-tau belakang tubuh Arfah sudah melekap sepenuhnya di dada Datuk Harith. Sebelah tangan di dada Arfah, sebelah memeluk erat pinggangnya.
“Pah sengaja goda abang, kan?” Arfah mengeliat kegelian dengan bibir dan hidung Datuk Harith merayap diserata leher dan bahunya.
“Ma...mana ada…ab…abang...ja…jangan…ge..geli…”
“Abang nak denda Pah sebab dera perasaan abang.” Serentak tubuh Arfah dipusingkan mengadap dada Datuk Harith. Kali ini seluruh wajah Arfah pula menjadi tumpuannya.
“Sayang, pandang abang…” Datuk Harith mengangkat sedikit dagu isterinya. “Siapa di depan sayang ni?”
“Su…suami Pah.” Terketar malu Arfah menjawab.
“Bukan pembunuh upahan kan? Pah takut apa?”
“Ta…takut abang...abang cakap aritu, abang kawin dengan Pah bukan sebab…err…err...”
“Bukan sebab apa, sayang?” Seronok Datuk Harith mengusik isterinya yang kelihatan menggelabah. Hai la…malu-malu macam dara sunti.
“Abangggg…jangan la… Pah malu…” habis disondol-sondol dada suaminya untuk menyembunyikan wajah.
Memang Datuk Harith pernah menyebut tujuan utama perkahwinannya bukan sebab hubungan intim. Tetapi kalau sudah sah dan halal, tentu tidak menjadi kesalahan, kan?
Sabar…Datuk seorang yang matang dan terlebih dewasa. Jangan gelojoh seperti kata tokma ye, Datuk.
“Pah tak rindukan belaian macam dulu? Abang rinduuuu sangat tau… bertahun-tahun abang tunggu saat ni… abang ada teman hidup, ada teman bercerita, teman berkongsi segala-gala…Pah tak rindu?”
Arfah hanya mengangguk perlahan. Ya memang dia juga dambakan belaian kasih seorang suami.
“Pah tak jawab abang?”
“Abangggg….”
“Hah…merengek lagi, lagi abang suka...” hampir pecah tawa Datuk Harith melihat wajah merah padam isterinya.
“Pah percaya abang? Abang sayang sangat kat Pah, abang tak kan sakitkan Pah…Percaya abang?”
Arfah hanya mampu mengangguk sambil berusaha menyembunyikan wajahnya di dada Datuk Harith. Malu….!
Datuk Harith memimpin Arfah ke tempat peraduan mereka dan dengan perlahan membaringkan tubuh isterinya ke atas katil.
“Sayang, pandang abang…” Arfah sudah tidak mampu menahan rasa malunya. Aisyyy…kenapa ni?
“Sayang, please...i want to see you…” Alamak…part ni yang paling aku lemah.
“Abang, Pah malu…Pah dah tak cantik…”
“Pah ...dengar sini sayang…Pah tetap cantik di hati abang. Abang terima Pah seadanya. Kalau abang nak yang muda montok abang kawin dengan anak dara 17 tahun. Hah…Pah bagi?”
Aww…ketam dah bergerak.
“Abangggg…Pah mal…” Senang saja untuk senyapkan suara dia ni.
Huh! Putus nyawa…oksigen! oksigen!
“Kan dah cakap, abang suka Pah merengek…Angkat tangan, sayang…”
Terpaksa atau rela?
Datuk Harith meratakan bibir ke serata tubuh isterinya…sambil tangannya mengusap perut Arfah.
“Abang bangga sayang dah lahirkan tiga cahaya mata tapi Pah masih…emm…” dengan perlahan tangannya turun lagi…

Arfah rasa mukanya panas bagai dipanah matahari. Sampaikan Helena pun pandai mengusiknya. Dia buat-buat tidak dengar Helena berbisik dengan papanya. Berbisik apa sampai tokma di seberang meja boleh dengar? Tersengih orang tua tu…
“Pa, kenapa umi pakai tudung dalam rumah? Abang Haidar dah boleh tengok rambut umi, kan?”
“Err…” Datuk Harith tiba-tiba menjadi gagap.
“Makan nasi lemak tu, Ena. Kalau dah sejuk tak sedap.” Tokma menyelit menghilangkan kekakuan pasangan pengantin baru didepannya padahal dalam hati menyimpan senyum. Senyum tumpang bahagia…Haidar, Farah dan Firhart gagal menyimpan tawa. Fatin pun turut ketawa. Hai, budak-budak sekarang, kecil lagi dah faham urusan orang dewasa. Riuh rendah sudahnya di pagi hari. 
Baik Datuk Harith mahupun Arfah sudah lama tidak mengalami suasana meriah dalam keluarga masing-masing. Bila bercantum dua keluarga seolah mentari lebih terang sinarnya meninggalkan gerhana menjadi sejarah….